January 05, 2016

Update status yang popular kat FB untuk minggu pertama tahun 2016

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih berpeluang untuk bernafas di pagi ini..syukur sangat2..semoga hari ini dapat jadi lebih baik dari semalam untuk kita semua..
Dah 5 hari berlalu, baru pagi nie dapat buat MASTER CHECKLIST..
Dah tampal kat dinding..doakan huda dapat istiqamah yer ! ;)

Nak cite plok pasal update status yg jadi trending sangat sejak 2-3 hari nie..
kalau awai tahun, pasal apa lagi..mesti laa pasal anak2 ke sekolah kan..
huda pun tak terkecuali laa..
tapi anak soleh kami baru masuk tadika..hahaha...
anak baru masuk tadika, dah kecoh kan..belum lagi masuk sekolah kebangsaan..hehe

tahun nie kami daftar kan Muiz kat Little Caliph..
sebab utama antaq anak kami kt sini, paling dekat..boleh jalan kaki jer ! hehe
sebab kedua, ada day care after school session..senang...antaq pagi petang amek...ala2 mcm dok umah bbsitter gak..opps cakap psl pengasuh, huda rasa bersalah2 sgt2 kat ibu muiz..hurmm -__-

sbnrnya dari last month Muiz dah ke school...just tak pkai uniform n budak2 pun tak ramai..
kira trial session dia laa..
1st day antaq bulan 12 ritu, eksited jer dia...siap takmau balik..suka ramai kawan2..huda plak yg nervous..kat opis dok pikiaq anak jer..call n whatsapp ticer..Alhamdulillah dia ok..
tp ada 1 prob Muiz kat school last month, dia takut2 nak kabo ke ticer bila nak ke toilet..ada laa terbabas 2 kali..
dah banyak kali pesan pun, dia still malu2 n takut2..hehe

04.01.2016
1st day Muiz ke school dgn beruniform bagai..
Alhamdulillah bangun mood ok..eksited nak pkai baju kuning..
breakfast roti dulu..tak sabo2 nie nak ke school..


tapi sampai jer school...anak soleh nie macam culture shock..
sebab tengok tetiba ramai orang digi kot..hahaha
ada laa scene ayaq mata..
mama stay dalam 20minit dalam tu..
tengok laa ragam bdk2 lain..mama pun jadi sedih bila tengok budak lain nangis jerit2..
Muiz time tu dok bkepit jer dengan mama..tak layan dah kawan2 yang dia dok sebut2 slalu..
seb baik mama mmg plan nak masuk opis after lunch..
ticer2 dok pujuk laa macam2 kat Muiz..
bila dah cool sikit, mama pass jer Muiz kat ticer..
seb baek Muiz dah masuk awal sebulan..so, ok laa sikit bila ticer amek tu..
sblm bkepit kat ticer, sempat tu amek tudung mama kesat ayaq mata dia! hahaha
bila mama nak balik, tak pandang pun..peluk jer ticer..majuk laa tu..
mama pun balik laa umah jalan kaki jer sbb abah dh ke work time tu..hiks

petang amek dia kat school, nampak epi jer..
main2 kat luaq...
nampak jer muka mama, terus request takmau pkai baju kuning, nak pkai baju sukan...
ok..mama abah tau dah apa problem sebenar anak soleh nie..hehe

ok..kita tengok rini camne..
sport attire pkai ari rabu jer tau nak..hehe

January 02, 2016

pembuka cerita 2016



Assalamualaikum..
lama betoi huda menyepi kan..nak kata busy buat thesis, tak jugak...tak siap2 gak chapter 2..hahaha..
nak kata, focus bisnes shaklee, dh lama slow..tp produk2 shaklee kami sekeluarga still consume laa..
tah apa laa yg huda dh buat..
tapi apa yg huda tau, huda dah banyak sangat kerugian tahun lepas..rasa terlalu banyak pembaziran masa..


sedih sgt dgn diri sendiri..tapi nak buat macam mana..benda dah lepas..jangan di kenang2 kan..tak pyh pikiaq dh kan...
skrg kena pandang depan jer..banyak gak sebenarnya yg nak kena pikir thn nie...
nak kata azam baru, takdak la sgt..tak berani nak letak azam tinggi melambung...
bagi huda, diri sendiri kena berubah dulu..then baru azam tu bole tercapai..in sha Allah

ari nie dah 2nd day of 2016
rasa nak stat aktif balik menulis kat sini...
arap2 dapat istikhamah laa..
kadang2 ckp jer mudah, tp nak praktikkan tu susah skit kan...
so, kat sini huda rasa nak share perubahan yg huda arapkan untuk tahun 2016


alaa..tujuan share nie just reminder untuk diri sendiri jer pun..
kot2 lagi 2 3 bulan terlupa or lalai..bole jenguk kat sini...
sbnrnya banyak lg nak try berubah..
tapi kena slow2 kot..
kang sudden changes, terpanjat bby dlm perut nie ;)




September 23, 2015

korang tau tak #5: Kurma dan ibu hamil

Assalamualaikum

KURMA..

Kebiasaannya orang makan buah kurma nie time nak bukak puasa..tapi hari2 yang tak puasa, agak2 ramai tak yang amalkan makan kurma nie? Di antara orang yang jarang makan kurma, huda laa…sebelum cakap orang, renung dulu diri sendiri..hehehe

Tapi time preggy kat Muiz dulu, huda memang suka makan kurma..jarang laa skip..sampai laa dalam pantang dan jadi milk booster huda..tapi bila Muiz dah makin besar, demand susu pun dah kurang, hubungan kurma dengan huda makin jauh..tambahan pula time tu kedai runcit kat sini dah tak supply kurma kegemaran huda iaitu Yusuf taiyoob..alaa yang kotak biru kuning tu..nama produk tu Safia kot..


tapi ritu dok belek2 buku hamil..ter baca pasal buah kurma nie..JOm kita usha khasiat buah kurma untuk ibu2 hamil :

1.       Mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis

# kurma mengandungi zat2 galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika seseorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan. Ia berdasarkan kajian oleh Profesor Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

2.       Merangsang dan memudahkan kehamilan

# selain itu, buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung. Lantas memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan kepadanya.

3.        Membentuk peribadi yang baik

“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

4. Mengambil keberkatan semasa kelahiran 

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma"

5. Makanan yang paling sempurna

Sabda Rasullah SAW:

"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan"

Bila preggy kali nie, tak start makan pun lagi kurma…nak kena cari balik nie..kena paksa balik diri..Alhamdulillah point no 2 tu huda dah rasa sendiri time lahirkan Muiz dulu..jom kita sama2 amalkan makan buah kurma tiap2 hari :)

+++++++++++++++



Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi