September 23, 2015

korang tau tak #5: Kurma dan ibu hamil

Assalamualaikum

KURMA..

Kebiasaannya orang makan buah kurma nie time nak bukak puasa..tapi hari2 yang tak puasa, agak2 ramai tak yang amalkan makan kurma nie? Di antara orang yang jarang makan kurma, huda laa…sebelum cakap orang, renung dulu diri sendiri..hehehe

Tapi time preggy kat Muiz dulu, huda memang suka makan kurma..jarang laa skip..sampai laa dalam pantang dan jadi milk booster huda..tapi bila Muiz dah makin besar, demand susu pun dah kurang, hubungan kurma dengan huda makin jauh..tambahan pula time tu kedai runcit kat sini dah tak supply kurma kegemaran huda iaitu Yusuf taiyoob..alaa yang kotak biru kuning tu..nama produk tu Safia kot..


tapi ritu dok belek2 buku hamil..ter baca pasal buah kurma nie..JOm kita usha khasiat buah kurma untuk ibu2 hamil :

1.       Mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis

# kurma mengandungi zat2 galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika seseorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan. Ia berdasarkan kajian oleh Profesor Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

2.       Merangsang dan memudahkan kehamilan

# selain itu, buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung. Lantas memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan kepadanya.

3.        Membentuk peribadi yang baik

“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

4. Mengambil keberkatan semasa kelahiran 

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma"

5. Makanan yang paling sempurna

Sabda Rasullah SAW:

"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan"

Bila preggy kali nie, tak start makan pun lagi kurma…nak kena cari balik nie..kena paksa balik diri..Alhamdulillah point no 2 tu huda dah rasa sendiri time lahirkan Muiz dulu..jom kita sama2 amalkan makan buah kurma tiap2 hari :)

+++++++++++++++



Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

No comments:

Post a Comment