June 28, 2014

Rezeki susah nak masuk?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Bila sebut tentang rezeki, pasti semua terus fikirkan $$$$$. Mungkin sebab senang nak ingat kan. Lagipun, "makhluk" tu tiap-tiap hari kita nampak, pegang, simpan atau gunakan.  Memang patutlah ia akan mudah untuk diingat. So its common kalau people assume Rezeki = DUIT. 

Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam.  Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.
Rezeki adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya.

Banyak sebenarnya jalan yang boleh ditempuh agar memudahkan rezeki untuk datang dalam keadaan biasa mahupun luar biasa. Hanya terpulang pada diri kita sahaja samada ingin melakukannya ataupun tidak. 

Mari kita ramai2 muhasabah diri. Ikhlaskan hati melakukan sesuatu semoga lebih berkat rezeki yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada kita. InsyaAllah.

Huda suka baca buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI aka MMR...from buku nie laa huda lebih memahami maksud sebenar REZEKI...alaa pasti ramai dah baca buku nie kan..tah2 huda yg ketinggalan..hehe..tapi kalau yg belum baca tu boleh laa cpt2 beli..huda beli tru MPH ONLINE ..senang free postage bila purchase lebih dari rm50..kalau sesiapa yg dh baca boleh laa share content buku nie...kalau huda ada lebihan masa nnt huda create post psl buku nie plak ye... 





***********
Rakan Shaklee anda ~
Huda 013 4808286

No comments:

Post a Comment