March 15, 2015

Allah nak jumpa kita, tapi kita?

Tersentap hati bila baca perkongsian dari seorang kawan di alam maya mengenai 2 rakaat yang ajaib 

kalau kita liat nak bgn tahajjud, makna Allah tak sudi nak jumpa kita...”




terasa kan..memang kena dengan batang hidung sendiri !

selama hidup hampir 29 tahun, bantal dan selimut jadi pilihan di hati..biarkan


 diri terus di buai mimpi..tak tergerak langsung hati untuk bangun bersujud 


pada Pencipta..selama nie Allah tak sudi nak jumpa..sebab apa?

sebab kita sendiri tak gunakan peluang yang ada, dengan masa yang ada di 

sebalik orang lain di ulit mimpi untuk mengadu pada Nya..

Astaghfirullah 


Kenapa kita perlu Solat Tahajud? sharing dari secret group #jutawan
✔️ Tanda terima kasih bersyukur padaNYA atas nikmat yang banyak tak terkira....Solat tahajud bukan untuk orang yang berniaga je.. Tapi semua orang kena amalkan sebab nikmat Allah tak terbatas untuk sesetengh org sahaja..Masih mahu berkira2? Masih mahu mengeluh? Astagfirullah... Nikmat melihat,mendengar,bercakap,bergerak berjalan,merasa.. yang tak ternilai.. nikmat iman dan islam... udara yang dihirup..MasyaAllah..tak terlist kat sini... malam ni time nak tidur tu, boleh renung balik semua nikmat harini yang kita dah dapat... sedangkan kalau kawan2 kita bagi kita apa2 hatta sepotong kek.. kita terima kasih bukan main.. apatah lagi ini Tuhan yg mencipta kita..padahal kek yang kita dapat tu pun milk Allah
✔️ Tanda kita ni hambaNYA kerana kita ni saaaangat lemah.. tinggi mana pun pangkat kita kat ofis, title Daro' ker..Tan Sri ke..even title Dr, kita ni hamba Allah yang tak punya apa2..Banyak mana pun yg kita nak... semua tu takkan jadi kalau Allah tak izinkan.. sebab tu kita tak boleh nak berkira2 untuk solat tahajud..Solat tahajud memang sunat, tapi adalah lebih baik jika semua orang dapat amalkan termasuk diri sendiri yang hina dan banyak melakukan dosa besar ..bukan org yang nak buat bisnes jer.. Sila LAWAN nafsu kita.. lawan dengan diri sendiri yang suka sangat dengan tilam dan bantal tu
✔️ Tanda kita memerlukan Nya lebih dari yg lain.. Kita perlukan Nya utk kuat hadapi cabaran dan ujian hidup..Ada 1001 wishlist yg kita nak dlm hidup..Semua tu tak mustahil boleh tercapai dengan kekuasaanNya... Allah Maha Kaya..Berdoa lah pada NYA mohon kekuatan untuk meneruskan apa yang kita lakukan..supaya kekal semangat tak mudah berputus asa.. berdoalah pada Nya mohon agar kita sentiasa ingat pada Nya.. Doalah juga untuk orang2 yang kita sayang...siapa? diri kita, keluarga kita, anak2 kita, anak2 buah biz,kaum kerabat,orang islam, orang bukan Islam dan semua makhluk NYA.. 



Tahajjud is the prayer for those who seek for success

Dengan ber solat Tahajud kita akan menjadi lebih kuat menghadapi liku2 kehidupan..apa jua cabaran pasti kita mampu menghadapi Nya dan yakin dengan Allah...kerana Tahajud SUMBER KEKUATAN DALAMAN yang sangat utuh..hati menjadi lebih tenang :)

Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran kepada diri sendiri dan semua..
Selamat malam zZZzZz

March 14, 2015

Jag air BERBEZA dari Shaklee

Assalamualaikum wbt

Nak tanya sikit pada teman2 semua..
Ada filter air tak dekat rumah?
Kalau ada, filter tu pasang macam mana yer..melekat kat sinki ker? 

Huda ada filter gak..
tapi yang FLEXIBLE :)
Senang sangat nak bawa p mana2 pun..travel ke mana pun kami bawa..
tak guna kuasa eletrik..
Air bersih, sedap, tekstur lebih halus..
Bebas bau dan warna..

memang DIJAMIN lain dari yang lain !
huda syorkan sahabat2 yang tengah cari penapis air beli yang nie..
 rasai kebaikan air bertapis dari Shaklee..

risau harga?
TAK MAHAL pun..
huda janji anda mampu milik ^__^





Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Water Pitcher boleh jenguk ke SINI yer :)

Pertanyaan boleh hubungi :
Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi




Sayangkan kereta, letak kunci di tepi katil?

PERINGATAN !!!

LETAKKAN KUNCI KERETA DI TEPI KATIL SEWAKTU HENDAK TIDUR 

source cik Google

 Beritahu isteri, anak2, jiran2, ibubapa, adik beradik dan sesiapa saja supaya letakkan kunci kereta mereka di tepi katil sewaktu hendak tidur. Sekiranya terdengar bunyi bising di luar rumah atau ada orang cuba memasuki rumah, tekan saja butang panik. Alarm kereta akan berbunyi dan hon juga akan terus berbunyi sehinggalah ianya di offkan atau bateri habis. Ianya adalah sistem alarm sedia ada. Boleh didengari di mana2 saja dalam rumah. Berkesan jika kereta diletakkan di depan rumah atau di dalam garaj. Bila alarm keteta berbunyi ketika seseorang itu cuba memasuki rumah, tentu pencuri / perogol tersebut tidak akan tunggu lama. Beberapa saat kemudian semua jiran akan membuka tingkap dan menjenguk keluar untuk melihat siapa yg berada di luar dan sudah tentu penjenayah tak mahu perkara itu terjadi. Dan ingat untuk membawa kunci kereta ketika berjalan ke kereta di tempat letak kereta. Cara yang sama boleh digunakan. 

Share dgn semua orang. 
Ia boleh menyelamatkan nyawa atau dari kes2 jenayah. 

Cara yang sama juga berguna untuk tujuan kecemasan. Contoh serangan jantung di mana telefon tidak dapat digunakan. 

TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI

NeVer St0p bELiEvinG iN yoUrSeLF

pergggh...setengah bulan berhenti menulis..seminggu bagi masa kat diri sendiri..berfikir dan terus berfikir..2 hari lebih tak online telegram..sebab nak focus pada lebih pada study..2 hari dengan sengaja mencari alasan untuk tidak buat something yang dah biasa buat pada waktu pagi..astaghfirullahaladzim..

Ya Allah ampunkanlah dosa hamba Mu ini yang hina dan telah melakukan dosa besar dengan tidak bersyukur di atas kurniaan Mu..aku lalai dan lupa semua yang aku miliki ini hak mutlak Mu..semua yang terjadi dalam pengetahuan dan dengan keizinan Mu Ya Allah..aku merayu ampunilah dosa aku yang terlalu banyak ini..sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Amin

pernah terdetik hati kecil huda, aku nak BERHENTI dari bisnes online..bukan kerana tak best..bukan kerana mentor tak menolong..bukan kerana tak dapat side income..tapi huda rasa bersalah dengan study..rasa bersalah bila setiap 4 bulan terima Elaun Sara Hidup (ESH) dari mybrain15 tapi tak study betul2..experiment 80% complete, tapi bab analyzing data, baru 20% kot..jadi huda buat keputusan nak berhenti sat bisnes...tu yang cari alasan tak nak ambil tau langsung pasal Shaklee..sampaikan offline telegram ! :(

tapi huda buat Shaklee tiada paksaan..bermula dari menggunakan produk2 nya, nampak kesan, terus daftar diri jadi SID dan promote secara online..ade rezeki, dapat bonus (jumlah tak tentu mengikut sales bulan tersebut)...dapat duit setiap tengah bulan memang best ! sapa nak bagi kat kita kan even tiga puluh ringgit kan..lepas topup tu tau...tapi satu benda yang membuatkan huda terus jatuh cinta dengan bisnes Shaklee dan rasa PALING BEST ialah dengan pengisian rohani yang di terapkan...bukan direct dari company Shaklee..omputih nak ajaq kita apa? hehe..tapi dari GROUP yang HEBAT, MENTOR2 yang AWESOME yang tak henti2 berkongsi ilmu dengan susur galur masing2 dan TEMAN2 yang sentiasa mempunyai AURA POSITIF yang saling mengingati even tak pernah bersua muka...hanya tahu name jer...Subhanallah...tak pernah terpikir huda akan dapat semua nie..sebelum ada dalam group nie, tak pernah nak solat Dhuha...solat Taubat dan Tahajud? idok laa..rela pilih bantal dan selimut dari bangun mengadu pada Allah..isi masa lapang dengan zikrullah..perbaiki hubungan sesama manusia pun macam susah jer dulu..sedih dengan diri sendiri T_T sekarang rasa much much better..takde laa rasa nak tunjuk baik terus berubah jadi muslimah yang tip top, tapi syukur di beri peluang untuk buka mata melihat nikmat Allah secara baik..Alhamdulillah 

Study? aci tak huda nak kata huda sambung phD sebab takdak pilihan lain..time tu ex supervisor baru dapat new grant dimana project tu adalah extend dari master huda..dorongan kuat dari keluarga..kalau tanya minat, ZERO ! tapi sekarang hampir dua tahun setengah dah buat..minat tu up laa sikit dari takdak langsung..kalau takdak langsung, takde laa results experiment kan..hehe..nak pikir berhenti dah banyak kali dah..lebih dari tiga kali kot..pernah sekali discuss dengan en hubby kalau berhenti, nak bayar ganti rugi kat MOHE tu kena berkorban la..sebab bukan sikit duit kerajaan dah guna..huhu..jadi nak tak nak, huda kena jugak habiskan apa yang huda dah buat..arwah mak pasti bangga dengan kejayaan huda..insyaAllah Dr Nurulhuda Azmi (-to-be)..

So huda decide nak proceed jer apa yang huda buat sekarang..sampai bila huda nak merungut dan rasa tak bersyukur? apa lagi yang tak cukup? Dalam Surah Ar-Rahman, Allah pernah menyebut pasal nie..buatkan huda berfikir dan malu dengan diri sendiri T_T

A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


Amalan2 rohani yang huda dapat dari secret group bisnes Shaklee akan huda teruskan..kalau huda tarik diri, takde laa aura positif..huda akan pastikan master checklist complete..takde alasan tak mampu buat atau tak cukup masa..huda kena pastikan diri bersungguh2 bila buat keje..siang akan more to study dan malam baru berShaklee..pembahagian masa tu penting sangat..takmau dah jadi orang yang kerugiaan sebab masa..

Apabila kita mula rasa putus harapan tiada jalan keluar apabila ditimpa musibah namun apabila kita kembali pada Allah, Dia akan bukakan jalan yang luas kepada kita dengan cara yang tak terfikir dek akal singkat.

Doa kan huda berjaya ye kawan2 ! peace 



March 04, 2015

"Pakcik Dua Ringgit"

Result telah berada dalam tanganku. Kecewa. SPM hancus. Lebur.

Aku tak hiraukan rakan-rakan lain, start motor balik rumah. Perasaan dalam dada bercampur baur. Antara sedih, kecewa, marah, rasa terhina, rasa rendah diri, rasa meluat dengan yang dapat tinggi, rasa cemburu dengan yang dapat pujian. 

Hati sakit.

Terbayangkan reaksi mak dan ayah di rumah. Ah. Tak jadi baliklah. Balik pun hanya akan dimarahi. Hanya dileteri. Bingit telinga semata.

Ke tasik berdekatan. Sangka aku, tak ada orang di situ. Park motor tepi tasik. Duduk tepi tasik. Sambil campak batu-batu kecil biar melantun di permukaan air tasik.

Sedang aku duduk melayan perasaan, sapa seseorang dari belakang. Aku menoleh. Seorang pakcik tua. Peminta sedekah. Dengan baju kotor, berbau hapak busuk. Aku tak ada mood nak layan.

"Dik, ada 2 ringgit tak?"

Aku diam. Sekali lagi dia cuba meminta. Kali ini aku berang.

"La, aku tak ada duitlah! Ko tak nampak ke aku tengah takde mood ni! Dahlah result SPM aku macam bangang, nak layan kau pula!"

Pakcik tua itu jadi mangsa keadaan. Marahku tidak terkawal. Tapi, dia tak beralih. Duduk pula di sebelahku.

"Tak ada duit, tak mengapa, dik."

Aku diam. Aku sajalah yang beralih. Getus hati ini. Jelik dengan orang tua ni. Bangun, duduk atas motor. Ready nak blah.

"Dulu, pakcik pelajar cemerlang. Antara yang terbaik SPM di sekolah."

Aku mematikan langkahku. Tidak jadi pergi.

"Pakcik bangga dengan keputusan pakcik. Pakcik dapat masuk universiti yang pakcik mahu. Berjaya hinggalah habis universiti. Dapat kerja yang baik. Dapat nikah dengan orang pakcik nak."

Aku diam lagi.

"Tapi, kau tahu apa jadi lepas tu? Allah tarik semuanya. Suatu hari, berlaku kemalangan. Pakcik koma dua bulan. Anak pakcik meninggal. Bila pakcik sedar, isteri pakcik salahkan pakcik. Salahkan pakcik yang bawa laju kereta. Tak dapat terima kenyataan. Tak lama, isteri pergi tinggalkan pakcik. Kami berpisah. Pakcik tak keruan. Hilang pedoman. Kerja pakcik terjejas. Pergi kerja, tak pergi kerja. Akhirnya, pakcik kena buang kerja. Dah 10 tahun berlalu. Inilah pakcik sekarang."

Aku berkerut kening. Seraya bertanya.

"Kenapa tak kerja balik? Bukan tak boleh apply kerja lain."

Pakcik itu senyum kambing.

"Kerja. Sudah cukup pakcik kerja untuk manusia.

Sekarang, pakcik nak kerja untuk Tuhan.

Kau tahu, oleh kerana terlalu selesa hidup ini terlalu lancar, Allah berikan segalanya yang diingini dulu, pakcik tidak ikatkan diri dengan Allah. Pakcik tak kenal erti syukur. Pakcik cuma tahu, semua yang pakcik miliki adalah atas usaha keras pakcik sendiri. Pakcik deserves kejayaan sebab pakcik berikan yang terbaik untuk dapatkannya.

Tapi, pakcik lupa.

Lupa kejayaan itu bukan segalanya. Allah adalah segalanya. Allah berikan kejayaan bukan untuk Dia kau lupakan. Tapi, agar semakin Dia kau kenali. Kau makin cari Dia. Kau makin sujud menyembah-Nya. Kau semakin sedar kau tak punya apa-apa. Semua Dia pinjamkan saja.

Tapi pakcik. Dulu, pakcik tak cari Dia. Makin berkerjaya, makin sibuk. Masjid cuma solat Jumaat saja. Balik kerja, penat. Mana mungkin nak bangun solat malam? Pakcik cuma fikir, nak tambah saiz rumah. Nak penuhi kehendak anak dan isteri tersayang. Mana ada nak sedekah? Duit memang berkira.

Kehendak Allah? Pakcik abaikan."

Aku diam.

"Tapi, aku gagal. Bukan berjaya macam pakcik."

Pakcik tersenyum.

"Gagal itulah yang buat kau jadi manusia. Jadi hamba. Bermula dari bawah. Bersifat tanah, tidak bersifat langit. Kau tahu erti berada di pandangan orang hina. Kau rasa derita. Kau tak buta dengan kejayaan sementara dunia.

Kau sendiri tahu punca kegagalan. Bukan sebab kau bodoh. Tapi, kau sendiri sama macam pakcik dulu. Tak ingat Tuhan.

Kalau kau ingat Allah, kau tak akan malas. Kau tak akan sanggup guris luka hati ibu bapa yang berharap.

Kau tahu tak, walaupun kau tak nampak dengan mata kepala kau sendiri, mak kau sebenarnya menitiskan air mata dalam diam kerana kau?

Gagal kerana tidak berusaha amat besar bezanya dengan gagal setelah berusaha.

Dalam kubur, lebih ramai yang bersedih. Gagal berusaha ketika di dunia. Berusaha untuk jadi orang yang beriman."

Aku terkedu. Teringat mak ayah di rumah. Rasa bersalah menggamit hati.

"Kenapa pakcik jadi pengemis?"

Pakcik senyum.

"Aku dah pernah berjaya depan manusia. Sekarang, aku nak berjaya depan Tuhan pula. Jalan hidup kita berbeza.

Dik, jangan sampai kau kehilangan segala-galanya seperti pakcik.

Lebih penting, jangan sampai kau kehilangan perhatian Allah. Tidak Allah hiraukan lagi. Ada sebabnya Dia uji.

Pasti ada."

Aku sebak. Tak semena aku meluru mendakap pakcik tua itu. Busuk pun busuklah. Air mata menitis jua. Minta maaf dengannya. Aku keluarkan semua duit dalam wallet, berikan pada pakcik. Pakcik senyum. Kembalikan semua duit aku.

"Pakcik cuma nak dua ringgit."

Dia senyum dan berlalu.

Aku hidupkan motor. Berlalu dari situ. Aku nak balik minta maaf. Aku nak mulakan hidup baru. Gagal di SPM. STPM masih ada.

Gagal terbesar dalam hidup adalah gagal berusaha. Gagal di dunia adalah gagal serahkan jiwa dan raga sepenuhnya pada Dia.

cerita oleh: Muhammad Rusydi