Ya Allah ampunkanlah dosa hamba Mu ini yang hina dan telah melakukan dosa besar dengan tidak bersyukur di atas kurniaan Mu..aku lalai dan lupa semua yang aku miliki ini hak mutlak Mu..semua yang terjadi dalam pengetahuan dan dengan keizinan Mu Ya Allah..aku merayu ampunilah dosa aku yang terlalu banyak ini..sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Amin
pernah terdetik hati kecil huda, aku nak BERHENTI dari bisnes online..bukan kerana tak best..bukan kerana mentor tak menolong..bukan kerana tak dapat side income..tapi huda rasa bersalah dengan study..rasa bersalah bila setiap 4 bulan terima Elaun Sara Hidup (ESH) dari mybrain15 tapi tak study betul2..experiment 80% complete, tapi bab analyzing data, baru 20% kot..jadi huda buat keputusan nak berhenti sat bisnes...tu yang cari alasan tak nak ambil tau langsung pasal Shaklee..sampaikan offline telegram ! :(
tapi huda buat Shaklee tiada paksaan..bermula dari menggunakan produk2 nya, nampak kesan, terus daftar diri jadi SID dan promote secara online..ade rezeki, dapat bonus (jumlah tak tentu mengikut sales bulan tersebut)...dapat duit setiap tengah bulan memang best ! sapa nak bagi kat kita kan even tiga puluh ringgit kan..lepas topup tu tau...tapi satu benda yang membuatkan huda terus jatuh cinta dengan bisnes Shaklee dan rasa PALING BEST ialah dengan pengisian rohani yang di terapkan...bukan direct dari company Shaklee..omputih nak ajaq kita apa? hehe..tapi dari GROUP yang HEBAT, MENTOR2 yang AWESOME yang tak henti2 berkongsi ilmu dengan susur galur masing2 dan TEMAN2 yang sentiasa mempunyai AURA POSITIF yang saling mengingati even tak pernah bersua muka...hanya tahu name jer...Subhanallah...tak pernah terpikir huda akan dapat semua nie..sebelum ada dalam group nie, tak pernah nak solat Dhuha...solat Taubat dan Tahajud? idok laa..rela pilih bantal dan selimut dari bangun mengadu pada Allah..isi masa lapang dengan zikrullah..perbaiki hubungan sesama manusia pun macam susah jer dulu..sedih dengan diri sendiri T_T sekarang rasa much much better..takde laa rasa nak tunjuk baik terus berubah jadi muslimah yang tip top, tapi syukur di beri peluang untuk buka mata melihat nikmat Allah secara baik..Alhamdulillah
Study? aci tak huda nak kata huda sambung phD sebab takdak pilihan lain..time tu ex supervisor baru dapat new grant dimana project tu adalah extend dari master huda..dorongan kuat dari keluarga..kalau tanya minat, ZERO ! tapi sekarang hampir dua tahun setengah dah buat..minat tu up laa sikit dari takdak langsung..kalau takdak langsung, takde laa results experiment kan..hehe..nak pikir berhenti dah banyak kali dah..lebih dari tiga kali kot..pernah sekali discuss dengan en hubby kalau berhenti, nak bayar ganti rugi kat MOHE tu kena berkorban la..sebab bukan sikit duit kerajaan dah guna..huhu..jadi nak tak nak, huda kena jugak habiskan apa yang huda dah buat..arwah mak pasti bangga dengan kejayaan huda..insyaAllah Dr Nurulhuda Azmi (-to-be)..
So huda decide nak proceed jer apa yang huda buat sekarang..sampai bila huda nak merungut dan rasa tak bersyukur? apa lagi yang tak cukup? Dalam Surah Ar-Rahman, Allah pernah menyebut pasal nie..buatkan huda berfikir dan malu dengan diri sendiri T_T
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Amalan2 rohani yang huda dapat dari secret group bisnes Shaklee akan huda teruskan..kalau huda tarik diri, takde laa aura positif..huda akan pastikan master checklist complete..takde alasan tak mampu buat atau tak cukup masa..huda kena pastikan diri bersungguh2 bila buat keje..siang akan more to study dan malam baru berShaklee..pembahagian masa tu penting sangat..takmau dah jadi orang yang kerugiaan sebab masa..
Apabila kita mula rasa putus harapan tiada jalan keluar apabila ditimpa musibah namun apabila kita kembali pada Allah, Dia akan bukakan jalan yang luas kepada kita dengan cara yang tak terfikir dek akal singkat.
Doa kan huda berjaya ye kawan2 ! peace
No comments:
Post a Comment