December 02, 2014

Review Big Hero 6

Ingat tak entry huda pasal weekend activities? huda ade janji nak tuleh review pasal muvi BIG HERO 6 kan..ade yang tertunggu2 tak? mesti ade kan..hehe


Kami memang plan lama dah nak bawa Muiz tengok muvi nie...dari bulan october lagi..Muiz pun dok tertunggu2 jer bila mama abah nak bawa dia..hehe..kami p tengok kat Billion S.Iskandar jer..tak perlu p jauh2..dan ticket pun tak perlu nak book awal2..confirm ade kosong! Kikiki :P


Nie budak eksited nak tengok cite ‘big heyo’..dari umah lagi pakai sweater tu..time en husbnd beli tiket, die cakap banyak lagi kosong..kira kami orang terawal gak la..lepak depan cinema makan popcorn dulu..nyum nyum..

sedap yer sayang minum air ais..eh abah Muiz buat ape kat belakang tu :P 
En husband beli couple seat..eh senang plak yer b beli? Ke sebab dorang nampak Muiz? Hehe..dok kerusi berdua nie senang Muiz nak berdiri tengah2 tu..kalau seat biasa, susah dia nak duduk..makin lama makin ramai yang masuk...ramai family laa...eksited!


Review cite? Muiz bag 4.5 bintang dari 5 bintang !!! 

Cite nie mengisahkan Hiro remaja nakal yang teror cipta robot kecil untuk berlawan dan selalu bertaruh di gelanggang. Hiro dan abangnya, Tadashi (handsome banget) yang merupakan pelajar jurusan robotics tinggal dengan makcik depa..after insiden Hiro dan abangnya ditangkap pihak polis (game robot haram), Tadashi ajak adik dia join pertandingan robot yang diadakan di universiti nya..Hiro setuju selepas kagum tengok kecanggihan lab abang dan kawan2 nya..

Tadashi *melting*
Hiro berjaya mencipta microbots dan amat di kagumi oleh semua dan berjaya melayakkan diri masuk ke uni..tapi satu tragedi yang tak diduga telah berlaku after pertandingan tu..berlaku kebakaran dan Tadashi telah masuk ke dalam lab untuk menyelamatkan professor nya..malang tak berbau, tempat tu meletop dan kedua2 tak dapat diselamatkan..

Bermula lah kisah Baymax yang comei dan Hiro mencari punca sebenar kebakaran..Hiro telah mengubah Baymax dari sesuatu yang menjaga kesihatan human menjadi superhero ! Hiro menjumpai makhluk yang telah men’duplicate’ kan mircobatics nya..dengan bantuan rakan2 Tadashi di uni, Hiro telah mengubah masing2 menjadi superhero dengan kehebatan tersendiri...nak tau sapa punya angkara? Better korang tengok sendiri...hehe...ade part sedih ade part kelakor...


Dah abeh tengok baru huda & en husband paham maksud 6..kami ingat cite nie dah no 6..tapi pelik tak pernah dengaq pun cite nie dari 1 -5 tu...last2 baru kami paham ENAM tu mewakili 6 watak superhero...hahaha..*blurr kejap*






2 comments:

  1. Nak tengok juga T____T macam best je, tkasih utk review ni ya.

    Emm.. apakata sis buang pengesahan nombor di ruangan komen. cuma cadangan bagi memudahkan pengunjung tinggalkan jejak ^^ no harsh

    ReplyDelete
  2. seronok bawa anak yang dah boleh menonton bersama ni, kalau setengah anak kecil tak mahu duk diam dalam tempuh wayang tu, hehe.. :)

    ReplyDelete