February 24, 2015

Surah Pembuka Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim

Siapa kat sini selalu baca surah Al-Waqiah? Apa kelebihan baca surah nie ek..seriously huda mengaku sebelum join Shaklee dan aktif ber bisnes nie, huda tak pernah amek kesah pun pasal surah nie..biasa kalau mengaji seminggu sekali pun surah Yaasin..dan bila ade lebih masa, mengaji 2-3 mukasurat..tu pun takde specific surah..*dush dush dush ! malu dengan Allah sebab bagi alasan takde masa T_T*

Tapi sejak berjinak dengan bisnes Shaklee, dan di jemput dalam group khas - MamaFaiz & Jutawan2 Shaklee di FB (secret group under PM Cery), huda rasa bersyukur sangat2 berada di bawah susur galur yang betul..insyaAllah i am in the right track !

Eh cop cop cop..apa kaitan group nie dengan title entry nie? jangan salah paham ye kawan2..huda bukan nak membebel pasal group tu, tapi dengan group tu laa tergerak hati huda untuk membaca surah Al-Waqiah..teman2 di dalam group tu senantiasa remind untuk meningkatkan amalan2 rohani..kenapa kena buat semua nie? untuk tutup lompong sana sini..nobody is perfect right..kalau tak buat semua nie, macam mana kita berani nak minta lebih dari Allah s.w.t kan..insyaAllah Allah Maha Pendengar

sebelum kita back to the topic, meh berkenalan dulu dengan surah nie



Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana di ambil dari lafal Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

ok dah kenal serba sedikit pasal surah nie.. jom kita tengok sama2 apa kelebihan surah nie..

1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

2. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

3. Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Sebab tu kami di dalam group2 tu sentiasa di ingatkan baca surah nie..surah kekayaan...kaya bukan hanya wang ringgit..tapi kaya dengan hati yang bersih, kaya dengan anak, kaya dengan senyuman :)

Sumber 1Sumber 2

February 23, 2015

3 vitamin WAJIB untuk SENDI yang SIHAT

Semua yang hidup pasti ade teman kan..haiwan pun ada teman sehidup semati..tambahan pula kita manusia biasa nie..siapa yang takde teman tu kira menipu laa..

Time lahir ibu laa teman kita kan..bila dah cerdik sikit, banyak spend time dengan adik beradik, mereka laa yang jadi teman kite ke sana ke sini..sehingga laa bila kita dah pandai berkawan..ada yang biasa2 dan juga istimewa...bertemu jodoh..suami / isteri akan menjadi teman kita...dikurniakan rezeki anak-anak, mereka pula akan jadikan kita sebagai teman mereka..begitu lah kitaran hidup kita kan...

Begitu jugalah dengan cik putih OSTEMATRIX + ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) + cik kuning OMEGA GUARD nie..

BestFriendForever (BFF) tau ketiga-tiga botol nie..teman yang tak dapat nak dipisahkan...misi utama mereka nie untuk apa? mestilah untuk merawat sakit sendi / tulang..jom kita kenal lebih dekat ketiga2 produk nie...kot2 lepas kenal, korang2 akan jatuh cinta..hehe

Ostematrix 


✔ SATU2NYA supplemen kalsium yang lengkap dengan kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink 
✔ sangat MENARIK apabila kajian menunjukkan kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan 
✔ gabungan terbaik Vitamin D dan Kalsium untuk membentuk tulang yang sihat & kuat membuatkan ia BERBEZA dari yang lain 

AJHT


✔ BERBEZA dari supplemen sendi yang lain, AJHT tidak mengandungi kondrotin sulfat sebab ia akan mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap
✔ MENAKJUBKAN AJHT memberi manfaat kepada sendi dalam 3 cara
① ekstrak Boswellia - menyokong keselesaan sendi
② ekstrak Jagung - meningkatkan kusyen 
③ vitamin C, tembaga, zink dan mangan -memelihara tisu penyambung yang sihat

Omega Guard 


✔ SATU2NYA minyak ikan yang dapat mengurangkan inflamasi / keradangan yang berlaku di kawasan sendi
✔ Bertindak sebagai pelincir yang mana membantu sendi untuk bergerak dengan lebih bebas membuatkan ianya BERBEZA dengan minyak ikan lain yang berada di pasaran 
✔ hasil yang MENAKJUBKAN apabila kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 bersama glukosamina (Omega + AJHT) dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada glukosamina sahaja

LUAR BIASA kan Set Sendi Shaklee nie..masing2 ada fungsi tersendiri..untuk mendapat kesan yang optimum untuk membantu mengurangkan sakit sendi, sangat2 digalakkan untuk mengambil ketiga2 produk di atas..pengambilan yang betul & berterusan insyaAllah dapat membantu anda...

Jom beli pada bulan nie - Februari 2015..
sementara ada promosi ostematrix dan AJHT ☺

+++++++++++++++


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi


perkahwinan bukan hanya sekadar majlis....

Assalamualaikum...

lamanyee huda menyepi dari dunia blog nie..dari sehari ke sehari janji nk update blog, tapi sampai ke sudah tak habis menulisnya...banyak nye sampai ke draft jer..dush dush dush (marah diri sendiri)..hehe

malam nie mood menulis macam ada...nak tak nak, kena jugak update, menulis sampai habis..dah minum secawan old town white coffee nie..kalau tak post nie masuk draft lagi taktau laa...hahaha

malam nie nak stori sikit laa big day mimie..adik ipaq aka adik bongsu en husband..insyaAllah nie kenduri penutup dalam family en husband laa..

majlis pernikahan telah selamat berlangsung pada 18 Februari 2015 selepas solat isyak (skemanyaaa ayat)..majlis diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di kampung kepong, pengadang baru, kuala terengganu..seb baik kurang daya ingatan address umah..kalau tak dah letak dah..hahaha

nie 1st time huda dengar akad yang sangat2 simple...tok kadi punyer laa panjang ayatnya, siap ber hambe2 lagi (normal kat sana gune gelaran diri instead guna word saya / aku)..tapi pengantin lelaki sebut akad camni jer "aku terima nikahnya seperti tersebut"...tak perlu dah nak hafal nama pengantin perempuan dan mas kahwin...kalau camni nak letak mas kahwin angka berbelit pun ok jer..yang jenuh nak sebut tok kadi jer...hihi

Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz, Izyan Shamimi ❤ Mohd Afiq selamat diijab kabul dan bergelar suami isteri..jom layan gambaq malam tu..dari nset s3 huda jer..jadi takleh nak expect gambaq cantik2..hehe

cuna dengan anak buah kesayangan - yaya & muiz
Alhamdulillah..congrats korang ! 

khaida's family with pengantin 
muiz & hana dengan pengantin..
time nie yaya merajuk dengan usu..hehe
penganti baru & pengantin lama..hehe
nadia's family...usu berjaya pujuk yaya :)

19 Februari 2015 ~ wedding day !

tema baju family pengantin perempuan color pink belacan / peach...untuk perempuan color nie senang nak dicari..lagipun kain dah beli siap2 time p bandung tahun lepas...harga memang murah ! rm 90 jer untuk full set kain 4 meter + lace 2 meter..murah kan..murah kan..hok laki susah nak cari..atlas baju lelaki tak ikut tema sangat...hehe...

ok jom layan gambar sepanjang majlis...semua dari camera iphone 5s usu mimie..pengantin busy bergambar kat pelamin, kami habis2an menggunakan hp dia..sebab macam cantik camera ipong tu...layaannzzz ~~~



orang sebelah mama Muiz nie single lagi..hehe
again with cuna...
macam poyo plak rasa pakai spec mcm tu kan..hehe

InsyaAllah setia hingga hujung nyawa..
ILU hubby ♡
gambaq berdua mama & abah Muiz..jarang dapat
tangkap camni ! hahaha
Alhamdulillah everything went well as planned..


dalam banyak2 perkara yang terjadi pada hari kejadian, huda tertarik dengan ayat yang ditulis di dalam guest book..

"Perkahwinan bukan hanya sekadar majlis" 

tersentap kan..tulisan nie ade signature ABAH..
bila ditilik, semua setuju nie tulisan abah pengantin lelaki..
dalam maksud ayat nie kan..

jadi apa yang huda boleh simpulkan kepada adik2 yang bakal mendirikan rumahtangga, jangan terlalu membazir untuk jadikan majlis perkahwinan tu grand..memang betul majlis tu hanya sekali seumur hidup..insyaAllah..
tapi jangan sampai terlalu nak ikut trend..
apa yang penting kehidupan selepas majlis..
bagi huda, kalau ada banyak duit pun better spend untuk honeymoon ! hehe
*nasihat dari huda yang dah tersilap sikit buat catuan time majlis sendiri..*

again, congrats Mimie & Afiq 
semoga masjid yang baru dibina kekal hingga ke jannah..
dont expect ur life will be same as before u were getting married ;)
cepat2 dapat baby yg comei & sihat..hehe




February 02, 2015

5 rahsia amalan mendapat keberkatan masa



Duit / harta boleh di cari... 
tapi bagaimana kita hendak cari keberkatan MASA dalam hidup kita?

Masa yang berkat beerti masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya dimana ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia..

“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan"

Jom kita sama-sama muhasabah diri belajar untuk mendapat keberkatan masa 
credit PM Cery

1. Bangun awal pagi 
Cuba bangun pagi seawal yang boleh...sekurang-kurangnya 30 minit sebelum Subuh..banyak kelebihan bangun pagi ni..antaranya murah rezeki.. dan rezeki ni akan datang dalam pelbagai bentuk. 



2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi 
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi..Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. 

3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan 
Setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Pastikan anda tulis pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.

4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga 
Tangguhkan kerja ni antara bad habit yang ada pada ramai orang..termasuklah huda sendiri..huhu.. jadi tips yg huda baca ni, katanya "Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja sekarang juga.” 

5. Sentiasa bawa buku bersama 
Apabila ada saja masa lapang, tak kisah lah tgh tunggu bas ke, tunggu giliran di bank ker, or apa2 sahaja aktiviti menunggu...buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.

Tips dah ada...
jadual harian perlu di ubah..
semak balik apa yang kita dah lakukan sebelum nie...
betul ker kita nie takde masa sangat? 
sebabnya kalau sehari 36jam pun tak cukup gak..
jom kita sama-sama CARI MASA !!!
*huda rasa dalam bab manage time nie, huda paling teruk..tips nie memang sesuai sangat dengan huda...* 


4 produk promosi dari Shaklee untuk bulan ini

Bismillahirrahmanirrahim

Masuk je bulan baru pasti ada promosi dari Shaklee kan..sure ramai yang alert pasal nie kan...Alhamdulillah bulan nie (Februari 2015), sekali lagi Shaklee bermurah hati untuk menawarkan promosi untuk kita semua..

Bukan satu...
Bukan dua.......
Bukan tiga.............
Tetapi EMPAT produk kesemuanya......
Nak tau apa produk2nya ???



Suka tak? Mesti lah suka kan...
meh huda nak share sedikit info pasal produk-produk nie....

PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1

OSTEMATRIX

nie adalah sejenis makanan tambahan yang kaya dengan KALSIUM
 1 kapsul ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam
sesuai untuk golongan yang tak suka minum susu
 ~ membantu wanita mengurangkan simptom PMS & senggugut
~ membantu untuk tidur lebih nyenyak pada malam hari
~ membantu sistem pembuangan lebih lancar terutama pada pesakit buasir
~ menguatkan tulang bayi apabila ibu mengambil oste semasa hamil dan menyusu

VITALEA

nie adalah MULTIVITAMIN yang tertua di dunia...sejak tahun 1915 tau ! 
menjadi kesukaan kepada mereka yang tak suka makan pelbagai jenis vitamin 
makan sebiji pada waktu pagi pasti badan rasa lebih cergas...
vitalea nie untuk cantik dan sihat dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...dah nama pun multivitamin, sure laa cover semua kan...


PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1

VITALEA FOR CHILDREN

pesan huda, JANGAN beli multivitamin nie jika anak-anak TAK MEMILIH bab makan
tapi setakat nie jarang la huda jumpa kanak-kanak yang suka makan semua...kita yang dah tua pun belum tentu suka kan..
multivitamin untuk kanak-kanak nie dapat menampung kekurangan zat-zat dalam badan..
rasa pun sedap..macam buah anggur jer tau ! 

JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

nie bagus untuk mereka yang kerap sakit sendi...
siap ade artikel yang dapat membuktikan AJHT nie dapat membantu tingkatkan keupayaan sendi dalam masa 5 HARI !

haaaaaaaaaaaaaa...
best kan promosi bulan nie..
nak tau lagi details? boleh laa contact huda yer...
oh yaa..kalau beli satu pun masih akan dapat BEST PRICE tau...
jangan tunggu lama-lama tau..
promosi sehingga 28 Feb jer :)


***********
Rakan Shaklee anda ~
Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi