Siapa kat sini selalu baca surah Al-Waqiah? Apa kelebihan baca surah nie ek..seriously huda mengaku sebelum join Shaklee dan aktif ber bisnes nie, huda tak pernah amek kesah pun pasal surah nie..biasa kalau mengaji seminggu sekali pun surah Yaasin..dan bila ade lebih masa, mengaji 2-3 mukasurat..tu pun takde specific surah..*dush dush dush ! malu dengan Allah sebab bagi alasan takde masa T_T*
Tapi sejak berjinak dengan bisnes Shaklee, dan di jemput dalam group khas - MamaFaiz & Jutawan2 Shaklee di FB (secret group under PM Cery), huda rasa bersyukur sangat2 berada di bawah susur galur yang betul..insyaAllah i am in the right track !
Eh cop cop cop..apa kaitan group nie dengan title entry nie? jangan salah paham ye kawan2..huda bukan nak membebel pasal group tu, tapi dengan group tu laa tergerak hati huda untuk membaca surah Al-Waqiah..teman2 di dalam group tu senantiasa remind untuk meningkatkan amalan2 rohani..kenapa kena buat semua nie? untuk tutup lompong sana sini..nobody is perfect right..kalau tak buat semua nie, macam mana kita berani nak minta lebih dari Allah s.w.t kan..insyaAllah Allah Maha Pendengar
sebelum kita back to the topic, meh berkenalan dulu dengan surah nie
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana di ambil dari lafal Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
2. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
3. Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Sebab tu kami di dalam group2 tu sentiasa di ingatkan baca surah nie..surah kekayaan...kaya bukan hanya wang ringgit..tapi kaya dengan hati yang bersih, kaya dengan anak, kaya dengan senyuman :)
Sumber 1, Sumber 2
No comments:
Post a Comment