Duit / harta boleh di cari...
tapi bagaimana kita hendak cari keberkatan MASA dalam hidup kita?
Masa yang berkat beerti masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya dimana ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia..
“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan"
Jom kita sama-sama muhasabah diri belajar untuk mendapat keberkatan masa
credit PM Cery
1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh...sekurang-kurangnya 30 minit sebelum Subuh..banyak kelebihan bangun pagi ni..antaranya murah rezeki.. dan rezeki ni akan datang dalam pelbagai bentuk.
2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi..Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan.
3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Pastikan anda tulis pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.
4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga
Tangguhkan kerja ni antara bad habit yang ada pada ramai orang..termasuklah huda sendiri..huhu.. jadi tips yg huda baca ni, katanya "Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja sekarang juga.”
5. Sentiasa bawa buku bersama
Apabila ada saja masa lapang, tak kisah lah tgh tunggu bas ke, tunggu giliran di bank ker, or apa2 sahaja aktiviti menunggu...buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.
Tips dah ada...
jadual harian perlu di ubah..
semak balik apa yang kita dah lakukan sebelum nie...
betul ker kita nie takde masa sangat?
sebabnya kalau sehari 36jam pun tak cukup
gak..
jom kita sama-sama CARI MASA !!!
*huda rasa dalam bab manage time nie, huda paling teruk..tips nie memang sesuai sangat dengan huda...*
No comments:
Post a Comment