November 30, 2014

FINAL CALL !!!

PENGUMUMAN PENGUMUMAN PENGUMUMAN !!!






PANGGILAN TERAKHIR.............



untuk



PROMOSI OMEGA GUARD SHAKLEE DENGAN HARGA YANG MURAH



dan



1st GIVEAWAY ~ SAYANG ANAK ~ by MAMA MUIZ



Masih berbaki LESS THAN 24 HOURS


Rugi tau tak grab last chance nie..
"You must make a CHOICE to take a CHANCE or your life will never CHANGE"


November 29, 2014

1st Giveaway ~ Sayang Anak ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum
Alhamdulillah huda diberi kesempatan untuk buat giveaway untuk kawan2 semua
Giveaway pertama di mamamuizlife.blogspot.com ini diberi nama


huda takde sebab utama buat giveaway ini
niat di hati hanya ingin berkongsi pengalaman2 indah sepanjang 11 bulan anak soleh kami consume Shaklee
Sudi-sudikan lah diri semua untuk join yer..
dah tajuk giveaway pun pasal anak, mestilah hadiah ikhlas dari kami sekeluarga adalah  #setsayanganak dari Shaklee yang berharga RM 55 !! :)

Syarat-syaratnya mudah jer........

1. Wajib become my follower mamamuizlife.blogspot.com
2. Rajin2 kan lah like FB page Healthy Beauty Supplement Shop
3. Buat entry bertajuk - 1st GIVEAWAY ~ Sayang Anak ~ by MamaMuiz
4. Tepek banner dan backlink ke entry ini
5. Drop link entry kawan2 di ruang komen di bawah yer sebagai bukti penyertaan..

ITU SAHAJA !! Senang kan....

TAMAT : 11:59pm 30 November 2014

Blogger yg bertuah akan dipilih menggunakan khidmat Random.org. So fair laa kan...

Moh kite beramai-ramai join giveaway nie..
the more the merrier :)

Thanks semua !

pesanan penaja: open to all except SID and not limited only to whom have a kids 
(cewaah...speaking londong sikit..)

Islamic apps pilihan kami

Assalamualaikum semua..

Apa plan weekend korang? kami tak p mana2 pun..adik dengan anak sedara ade datang umah..bawa jalan2 p lumut jer kot..hehe

Huda nak share islamic apps yang huda download kat nset cikai huda nie...

HOME SCREEN
nset mama Muiz
1. Panduan Solat

 
HOME 
SETTING


WAKTU SOLAT
~ banyak pilihan countries
 
SETTING
~ boleh tukar theme color,
pilih cara pemberitahuan waktu solat,
pilih muazin azan,
dapat detect lokasi masjid / surau berdekatan dlln. ~


2. Al-Mathurat bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Ade icon PLAY kat atas tu
ade terjemahan & fadhilat setiap wirid / doa
3. Quran 
memudahkan kita mengaji / membaca kita suci dimana2 kita berada


4. Zikir Harian


5. Asma' al-husna
~ mengenal 99 nama Pencipta berserta maksud nya ~



Itu jer laa apps kat hp mama Muiz nie..mudah jer nak download
Play Store - Search - Install 
semua free..wiiwiii ~
semoga manfaat buat semua :)



November 26, 2014

November 24, 2014

KAFEIN penyebab supplement kurang kesan kepada anda !

"tipu laa benda nie..takde ape2 kesan pun"
"same jer sebelum dan selepas aku makan benda nie"
"kenapa aku tak rasa mcm orang lain rasa, salah ke cara aku makan?"
"salah ke cara aku makan"

Nie antara2 feedback yg huda dpt dari customers huda...huda menipu korang ker? selama nie testimoni2 yg huda share tu, tak betul ker? sblm korang salahkan sesuatu produk, apa kata korang semak dulu diri sendiri..kan lebih baik kita kaji dulu...

bila kita makan any type of supplements / vitamins, korang kena make sure korang folo rules yg di tetapkan untuk dapat kesan yg optimum..rules yg selalu huda bg kt cust2 huda adalah:
  • ikut cara pemakanan yg betul...sebelum atau selepas makan
  • minum air yang banyak untuk penyerapan yg optimum oleh badan...kuantiti air bergantung kepada berat badan 
  • jangan skip makan
  • displin ! nie ramai yg ssh nk ikut...bila hari ni makan, esok tak makan, mmg tak nampak lerr kesan tu...
  • dan last sekali, pastikan korang tak makan supplement dengan kopi / teh / minuman berkarbonat 

Nak tau kenape?


Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.

ZAT BESI (IRON)
-----------------------
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

KALSIUM
-----------------------
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D
-----------------------
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh.

VITAMIN B
-----------------------
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggupenyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol.
Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.


haaaa dah paham kan kesan2 minum kafein nie time makan supplements...huda nasihatkan kpd kwn2 yg diluar, jika korang makan ubat atau supplements, sila pastikan anda jarakkan 1-2 jam jer...

psst: maktok huda pun baru start praktikkn nie..jarakkn masa minum ayaq kopi dgn mkn ubat...nak halang minum kopi tak boleh..sbb favourite tok dah..boleh advice dgn cara nie jer laa ;)

***********
Rakan Shaklee anda ~
Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi
Page Healthy Beauty Supplement Shoppe

November 23, 2014

Aktiviti hujung minggu bersama anak

Assalamualaikum...

Hujung minggu adalah masa bersama keluarga kan..time nie laa nk layan telatah anak..sepanjang bulan November nie, dah 3 kali weekend kan...so entry kali nie huda nk share aktiviti2 kami sekeluarga di hujung minggu...layan kan jer la ek..(mood nk tempek gambo banyak2...hehe)

1st weekend - Taman Reakrasi Gunung Lang
tiket naik bot..rm3 jer utk adult


pemandangan dari jeti ke Gunung Lang
en husbd layankaan jer Muiz nak tgk fish & turtle
awang kecik malu2 bila ajak ber selfie :D
ade monyet dok standby kt sana..nampak x? hehe
stgh jam menunggu dpt gak naik bot..tu pun tak ramai..
nie je 1-1 nye gambo kt sana..ade laa kandang ostrich dgn rusa..
nak balik baru amek gambo kt sini..bukti dh pernah visit tmpt nie..hehe
*sila abaikn perut mama muiz*
'pow' abah mende alah nie..adeh laaa...
 2nd weekend - MEE SOTONG + KIDLAND
eksited nak balik kampung !


wajib pekena MEE SOTONG kt pdg kota...mggu nie ade convo kt USM..mmg jenuh laa beraatooqqq....
coconut shake kegemaran I..rm3 jer :)
*gambo food tak sempat nk snap...lapaq punya pasal..hehe*
budak kecik mengamok takmau balik...dh p main  playground kt situ tp x puas nak main lagi..huhu
mood dh ok..kami jd boss dok seat belakang..sian en husbd terpaksa jd pak supir :P
tokba banje ikan bakar kt jalan tengah
yeay ~~ dpt mai sini..KidLand !
*kids below 3 yrs no charge & only allowed to play at babyland & sand*
parents di charge rm5 / sorang
*mcm sama besaq je tgn laki bini*
suka laa tu byk ball..
buai laju2 smpai blk sana..hehe
fav game Muiz dlm babyland...
fav game Muiz dlm babyland...


abh layan anak bujang main...
suka gambo Muiz kt sini...nampak ceria jer kan...
mesin kt belakang Muiz tu free je nak main...ade educational game dlm tu...
nie laa en suami huda :P
nampak tak api tu...bdk2 akn pkai uniform bomba then akn di train untuk padam api...
*Muiz bising request nak main kt sini*
Art & Craft School
*tgk tu peluk mama kuat..takut patung ape tah tepi tu*
Beauty Academy
ade wifi kt sini..hehe
kt sini bdk2 akn di train menembak, memanjat, merangkak bwh semak...
Fire Station
Hospital
Kelas Music pn ade tau...

kalau nk tau lebih lanjut boleh laa search kt sini KidLand
huda nak cite byk2 pn x leh sbb xde experience..
 3rd weekend - AEON 18 <sand painting>


pilih gambo OLAF
mama kena assist sokmo..kalau tak, abeh campuq sume..
bekas sand same paras dgn dagu..hehe
kiri : 1st time buat time hari ibu
kanan : cubaan kali ke 2


good job syg ! nanti kita buat lagi yer..tapi rasa mcm nk beli dan buat sendiri laa..
ade sesiapa tau nak beli kt mana? 
psst: entry nie dah lama di draftkan..tp baru ade masa nk abehkn..padahal tepek gambo jer..hehehe..minggu nie Muiz p tgk muvi Big Hero 6..nanti mama Muiz buat entry baru pasal muvi tu yer..