Assalamualaikum semua..
korang biasa tak dgr ayat2 camni:
"tak pyh laa makan vitamin2..aku dah sihat nie..nanti sakit aku makan laa ubat.."
"kenape ubat2 yg aku makan nie selalu buat aku cepat mengantuk yer"
"aku tak perlu laa makan supplemen2 nie..dah cukup zat2 yg aku dpt dari diet aku"
mesti korang dah lali kan dgr camni..
to be honest, dulu huda pun dalam kategori camni jugak la..
say NO to supplement, say HI to ubat !!
TETAPI tu dulu yer...
aku yang dulu bukan lagi yang skrg..
dulu2 aku menderita, skrg aku bahagiaaaaaaaaaaaa...
Sejak huda bijak membezakan antara ubat & supplemen, kami sekeluarga bertambah bahagia :)
Jom kita berkenalan dgn UBAT dan SUPPLEMEN dengan lebih detail..
Huda tak nak laa korang lambat kenal mcm huda dulu2..
===========
UBAT
===========
1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.
===========
Supplement ( Vitamin )
===========
1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.
6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.
9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.
Briefly,
~ Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...
~ Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...
~ Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....
~ Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....
So, skrg pilihan di tangan korang laa...
Huda harap perkongsiaan nie dapat membantu anda membuat pilihan yg bijak untuk kekal sihat & cantik..
Takkan bila dah sakit baru nak start consume supplement pulak, kan?
Tak salah melabur sedikit untuk kesihatan yang berterusan.
Kesannya untuk jangka masa panjang..
Sihat bukan boleh dibeli, masa ni lah nak kena jaga..
Wallahualam
Tq for sharing.. mmg bgs sgt artikel ni. Lya setuju psl ubt tu.. selama hmpir berbelas tahun lya telan pil hari2 dlm dos y byk. Smpaikan bdan jd x bermayan smpailah thn 2012.. dgn keazaman y kuat lya cuba pelbagai cara altetnatif.. n cuba bhnti ubat slow2 tnpa pgetahuan doc. Klo ikutkn lya kna mkn ubat seumur hidup. Alhamdulillah.. mampu buktikan.. mlaha kehidupan kini bkali ganda lebih baik sjk lya stop mkn ubt. Y pting slalu bsemangat n btenaga
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletebunda setuju ubat diambil ketika sakit sahaja...suplemen diambil bila2 masa...Bunda sendiri jarang makan 'ubat'...
Salam ukhuwah dari bunda..