November 24, 2014

KAFEIN penyebab supplement kurang kesan kepada anda !

"tipu laa benda nie..takde ape2 kesan pun"
"same jer sebelum dan selepas aku makan benda nie"
"kenapa aku tak rasa mcm orang lain rasa, salah ke cara aku makan?"
"salah ke cara aku makan"

Nie antara2 feedback yg huda dpt dari customers huda...huda menipu korang ker? selama nie testimoni2 yg huda share tu, tak betul ker? sblm korang salahkan sesuatu produk, apa kata korang semak dulu diri sendiri..kan lebih baik kita kaji dulu...

bila kita makan any type of supplements / vitamins, korang kena make sure korang folo rules yg di tetapkan untuk dapat kesan yg optimum..rules yg selalu huda bg kt cust2 huda adalah:
  • ikut cara pemakanan yg betul...sebelum atau selepas makan
  • minum air yang banyak untuk penyerapan yg optimum oleh badan...kuantiti air bergantung kepada berat badan 
  • jangan skip makan
  • displin ! nie ramai yg ssh nk ikut...bila hari ni makan, esok tak makan, mmg tak nampak lerr kesan tu...
  • dan last sekali, pastikan korang tak makan supplement dengan kopi / teh / minuman berkarbonat 

Nak tau kenape?


Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.

ZAT BESI (IRON)
-----------------------
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

KALSIUM
-----------------------
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D
-----------------------
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh.

VITAMIN B
-----------------------
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggupenyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol.
Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.


haaaa dah paham kan kesan2 minum kafein nie time makan supplements...huda nasihatkan kpd kwn2 yg diluar, jika korang makan ubat atau supplements, sila pastikan anda jarakkan 1-2 jam jer...

psst: maktok huda pun baru start praktikkn nie..jarakkn masa minum ayaq kopi dgn mkn ubat...nak halang minum kopi tak boleh..sbb favourite tok dah..boleh advice dgn cara nie jer laa ;)

***********
Rakan Shaklee anda ~
Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi
Page Healthy Beauty Supplement Shoppe

No comments:

Post a Comment