November 12, 2014

Epilepsi aka Sakit Sawan

Assalamualaikum kwn2...
pernah dengar pasal sawan?
biasa2 orang akn pandang serong kat org yg ade penyakit nie kan...
hurmm...
adik pompuan huda (mcm la ade ramai adk..hehe) ade sakit sawan....nie bukan penyakit keturunan yer...sbb arwah mak & abah tak de sejarah epilepsi nie...adik dpt skt nie after kena langgar kt dpn umah SP time die umur 4 thn..secara fizikal nye, luka sikit2 jer...a few months after incident tu, adik kerap kelip2 mata dan mudah terkejut..especially bangun tidur...p check doc, mmg sah kena sawan...rasanya sejak kecil, lebih dari 5 kali die warded...penah sawan sampai kuo buih2 dari dlm mulut & penah gak buat bunyi macam serigala tu..sejak adik ade sakit nie kami sentiasa kena hati2 bile berkomunikasi dgn dia..kena jaga ati die..takleh marah2 & buat die stress...benda2 camni bole trigger sawan die...sejuk sgt pun takleh tau...

Apa itu SAWAN ? 

Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan.
Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi, bermula dengan kehilangan memori ringan - absences sehingga konvulsi (jatuh atau goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari.
Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan berpotensi menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor mengawalnya melalui diet.

Apa yg huda tau sblm2 nie die pernah undergo few treatment laa...yer laa sblm doc bg ubt yg sesuai, doc kena laaa kaji dulu punca sakit nie..nk kena selidik dulu keadaan yg tak normal dlm otak die...adik pernah buat 2 test: CT scan dan MRI...abeh otak die di imbas..sampai rosak abeh rambut die...tu yg jd rambut mahai tu..hahaha 


nie laa ubat yg adik kena makan tu...

Lepas semua test, doc pun decide laa ubat yg die kena makan..ubat utk pesakit sawan nie di beri nama EPILIM..time die kecik kalau tak silap dlm bentuk liquid ubat nie...ble dh besaq, dh pandai telan ubat, makan yg tabletnye jer... lagi satu, adik kena makan ubat nie on time..tp adik huda mmg jenis baloq liat nak makan ubt..jenuh laa remind dia...dulu arwah mak ade, pasal ubat jer pun boleh hingaq satu umah..kalau  tak makan on time, mesti akan jadi kembali sakit tu...awl2 dulu adik kena makan ubat nie dlm dos yg banyak..3 kali sehari..selepas tu doc kurangkan dos ke 2 kali jer sehari..dan pernah sekali jer sehari..tapi tu dulu..bila arwah start sakit, tak dak sapa dah nak bising kt dia, mulaa laa die culas..abh plak jenis tak berat pasal nie..biasa laa lelaki kan..bila p follow up, doc check, kena tambah balik dos...

 What Epilim is used for?

Epilim is a medicine used to for the treatment of epilepsy in adults and children. Epilepsy is a condition where you have repeated seizures (fits). There are many different types of seizures, ranging from mild to severe. Epilim belongs to a group of medicines called anticonvulsants.
These medicines are thought to work by controlling brain chemicals which send signals to nerves so that seizures do not happen. Epilim may also be used to control mania, a mental condition with episodes of overactivity, elation or irritability.

Kesan makan EPILIM?

Kira-kira 57 peratus daripada pengguna melaporkan getaran Epilim, ia merupakan kesan sampingan yang paling biasa  bagi dadah Epilim.

  • sakit kepala
  • mengantuk
  • rasa loya
  • pening
  • kehilangan berat badan
  • kehilangan rambut
  • sakit perut
  • cirit-birit
  • peningkatan insiden jangkitan
  • Penglihatan berganda
  • insomnia

hurmm..apa yg huda nampak kesan mkn ubt nie kt adik huda - IQ kureng sikit..dari segi pembelajaran lemah..badan cpt letih..tu yg kdg2 kesian gak kt adik nie..tdoq jer..lepas mkn ubat, sure tdoq..bila dah tdoq tu susah nak bangun..tp kalau bab nk berjalan, senang jer bangun...huhu

Bila dah semakin meningkat remaja nie, doc tambah sejenis lg ubat...iaitu asid folik...kalau 1 jenis ubat pn ssh nak makan, nie tambah lg, makin jenuh laa nak kena ingatkan...balik baru2 nie huda tengok ubat die terbiar atas almari camtu jer..so huda tnya la kenapa adik kena mkn asid folik...sememangnya takde jawapan..

asid folik..baru jer amek kt hospital date 31/10/14

Di sebabkn huda nie kakak yg prihatin (cewahh), huda terus aaa tnya cik google..hakikatnya EPILIM nie adalah sejenis dadah ! Ubat antisawan ini memberikan kesan pada penggunaan asid folik oleh badan. Ketidakcukupan asid folik boleh mencacatkan janin. Oleh itu dinasihatkan walaupun tidak berniat untuk mengandung, pengambilan asid folik perlu dilakukan setiap hari..huda isau laa untuk future die..kahwin & nak dpt anak nanti...bak kata Dr Zubaidi dlm blog die
“wanita yg mengambil ubat Epilim mempunyai risiko yg tinggi untuk mendapat bayi yg cacat anggota dan mempunyai masalah perkembangan minda apabila besar kelak”
Sapa tak risau kan...dlm blog tu lagi ade juga menekan kepentingan asid folik untuk wanita...patut laa doc suruh adik mkn asid folik juga..

Risau nyeee..huda nak kena start cari alternatif lain untuk ganti ubat nie..mungkin dengan kaedah rawatan Islam...atau pengganti kepada EPILIM..adakah Shaklee? ape2 pun huda kena studi dulu...faktor diet yg seimbang pun boleh menyebabkan epilepsi nie....


4 comments:

  1. please ws sy 017-5655368 . sy nak tahu perkembangan sbb sy pun menghadapi pnyakit yg sme

    ReplyDelete
  2. so huda. dah try ke shaklee dengan adik ? ada perubahan tak?

    ReplyDelete
  3. Pls huda.. saya punn nak taw ubat..
    Wassup 0109029960...

    ReplyDelete