August 26, 2015

Segmen 3 in 1 (Giveaway + Bloglist + Blogwalking




|| Click Banner to join :) ||


1st time nie huda join segmen 3 in 1..hehe..
jom ramai2 support kawan2 blogger :)

August 25, 2015

Zinc penting tak semasa hamil?


Pemakanan ibu-ibu hamil adalah sangat penting kerana apa yang kita makan akan terus ke bayi di dalam kandungan kita..bayi kita akan mendapat nutrien yang akan membantu dari segi pembetukan tulang-tulangnya, untuk sistem imun dan juga metabolisme. 

Salah satu nutrisi yang penting semasa hamil ialah ZINC

Related image

Jom kita kenali dulu apa itu zinc.. [Sumber]

Zinc merupakan mineral dan badan kita sangat perlukannya..zinc membantu membina dan membaiki DNA kita dan memastikan DNA berfungsi dengan lebih baik. Ia memainkan peranan yang besar dalam mengawal deria rasa, fungsi imun, penglihatan dan pengeluaran insulin, dan juga penting untuk penyembuhan luka dan pertumbuhan semula sel-sel kita.


Dah tahu apa itu zinc kan, tapi untuk ibu hamil apa pula kepentingannya?

Wanita hamil memerlukan zinc lebih daripada mereka yang tidak hamil kerana pengeluaran sel di dalam badan meningkat. Zinc bukan sahaja membantu wanita mengekalkan kesihatan semasa kehamilan mereka, tetapi membantu dengan perkembangan bayi juga. Bayi di dalam kandungan yang semakin membesar akan menggunakan zinc daripada diet ibunya untuk menukar protein ke dalam tisu dan pertumbuhan otot. Kekurangan zinc di kalangan wanita hamil berkait rapat dengan berat yang kurang semasa lahir, toksemia dan keguguran, walaupun kebiasaanya zinc mudah di dapati dari diet yang seimbang dan / atau makanan tambahan (supplemen). 



Jadi berapa kandungan zinc yang badan perlukan?

Berikut adalah pengambilan harian yang disyorkan untuk zinc: [Sumber]

Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Zinc [2
Age
Male
Female
Pregnancy
Lactation
0–6 months
2 mg*
2 mg*


7–12 months
3 mg
3 mg


1–3 years
3 mg
3 mg


4–8 years
5 mg
5 mg


9–13 years
8 mg
8 mg


14–18 years
11 mg
9 mg
12 mg
13 mg
19+ years
11 mg
8 mg
11 mg
12 mg
* Adequate Intake (AI)


Sumber makanan zinc? 

Sumber yang kaya dengan zink adalah makanan seperti daging, ikan, tiram, kerang, udang, ketam, ayam belanda, ayam dan ham. Zinc juga hadir dalam makanan tenusu (susu, yogurt, keju - terutamanya ricotta), kacang (hijau, buah pinggang, bakar), mentega kacang, kacang, tauhu, kacang merah, telur, roti, bijirin, pasta, beras, germa gandum, bran , bawang, halia dan biji bunga matahari.



Sukar untuk pastikan kandungan zinc diperlukan badan mencukupi? Jangan risau, kita juga boleh mengambil supplemen Shaklee iaitu Zinc Complex. Setiap tablet Zinc Complex mengandungi 15mg zinc. Oh ya, ibu-ibu hamil digalakkan meminta nasihat doktor dulu ya sebelum consume any supplemen..bukan apa, jika kandungan zinc dalam supplemen terlebih, akan menyebabkan pelbagai isu lain pulak..Maksimum dos yang dibenarkan hanyalah 40mg sehari [Sumber]


Kandungan Zinc Shaklee


Table 3: Tolerable Upper Intake Levels (ULs) for Zinc [2]
Age
Male
Female
Pregnant
Lactating
0–6 months
4 mg
4 mg


7–12 months
5 mg
5 mg


1–3 years
7 mg
7 mg


4–8 years
12 mg
12 mg


9–13 years
23 mg
23 mg


14–18 years
34 mg
34 mg
34 mg
34 mg
19+ years
40 mg
40 mg
40 mg
40 mg







+++++++++++++++


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi





August 22, 2015

Surah-surah amalan ketika hamil



Alhamdulillah..terima kasih Allah dengan rezeki ini..
insyaAllah akan huda jaga sebaik mungkin..
huda berdoa semoga kali ini baik2 belaka seperti yang pertama..di beri kekuatan fizikal dan mental sehingga kelahiran..



doa kan huda ye semua :)


August 18, 2015

Makan aiskrim semasa hamil menyebabkan bayi di dalam kandungan terlalu besar??


Assalamualaikum

ingat dulu2 masa preggy kat Muiz, jarang minum ais atuau makan aiskrim..ramai yang cakap kalau ambil byk2, nanti baby dlm perut besaq..anak sulung kan, so mmg jaga laa..kalau cuaca panas pun, minum sikit2 jer air yg ade ais tu..en husband mmg jaga laa..dah lepas bersalin kena pantang jugak benda sejuk2 nie..time tu arwah mak pesan atlis 6bulan kena pantang..tambah tolak darab bahagi, ada laa setahun ++ pantang minum ais..lama kan..

tapi kalau ada rezeki Muiz dapat adik, agak2 nak ikut lagi tak pantang nie? 
mula laa tangan rajin google info pasal kesahihan semua nie..


yeayyyy !!!! dapat info berguna dari PAMA
walaupun artikel nie lebih kepada aiskrim, tapi lebih kurang laa tu dengan ais kan..benda sejuk jugak kn..hehe



1. Mitos tentang ibu hamil yang makan ais krim boleh menyebabkan saiz badan bayi dalam kandungan menjadi terlalu besar masih dipercayai oleh sesetengah ibu yang berbadan dua adalah AUTA

2. Ais krim adalah makanan yang selamat dinikmati oleh ibu hamil. Ini kerana ia diperbuat daripada bahan asas yang mengandungi susu, lemak dan kalsium iaitu nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu sepanjang kehamilan.

3.  Ais krim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati oleh ibu hamil akibat daripada perubahan hormin dimana keperluan kalsiym meningakat daripada biasa. 

4. Ais krim yang baik adalah ais krim yang mengandungi susu, lemak dan protein. Ibu hamil disarankan mengambil sebanyak dua hingga tiga cawan ais krim seminggu. Ini kerana komposisi 100 gram ais krim mengandungi sebanyak 207 kalori, 4 gram protein dan 12.5 gram lemak. 

5. Jangan jadikan aiskrim makanan utama bagi ibu hamil, sebaliknya ia hanya kudapan yang boleh digabungkan dengan makanan lain seperti yogurt, buah-buahan segar, roti atau biskut.

6. Ais krim juga boleh menjadi makanan penyelamat bagi ibu hamil yang mengalami masalah loya dan mual di awal kehamilan.

Jadi apa yang dapat disimpulkan, tak salah nak makan ais / aiskrim nie..tapi biarlah bersederhana..jangan tiap2 hari nak makan plok yer..hehehe




+++++++++++++++


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

2h1m di Cameron Highlands

#throwback
#celebratebirthdaytogether

Alhamdulillah 1st weekend of August ritu, kami 3 beranak spent time together kat Cameron highlands (CH)…sempena ape? Mestilah besday kami laki bini..yang en husband 29july dan huda 30july..senang kan nanti anak2 nak ingat dan sambut besday mama abah..hahaha..*tak sambut pun takpe yg penting doa anak2 soleh adiah mesti mahai*..hehe..actually plan last minute..nak p hari sabtu, confirm nak p and booked hotel isnin sebelum tu..macam tergesa2 kan..

Bertolak dalam kul 8lbh..plan asal nak makan capati sedap kat batu gajah, sekali tersilap kedai daaa…patut la minta capati kt org yg tebar roti dia mcm nak marah2..hihi..dah gerak sikit lepas habis mkn, baru perasan 1 kedai yg terpampang tulih besar2 CAPATI dan orang sangat2 ramai okaayyy…takpe2 next time plak laa singgah sini..hehe

1st destination

BOH TEA CENTRE

Kali nie mmg sengaja en husband takmau dah p sg palas..sebab dah banyak kali p..jadi tempat yang kami tuju, jauh nun di atas tuuu…jalan dari simpang pulai naik ke brinchang - tanah rata - habu..br sampai..meh layan gamba2 kat sini…









2nd destination

Singgah kejap di ladang tea..nama apa tak pasti..hahaha..tp nie otw patah balik ke tanah rata laa..tak singgah minum pun..sekadar bergambar..kat sini sesak sikit..anak teruna beriye2 nak p turun kt air terjun bwh tu..memang idokkk laa…






3rd destination

Kampung Sedia

sini memang best..yer laa…dah sini semua orang kita kan..tapi pelik byk kedai yg tutup…bole kire berapa farm jer yg opened..kami singgah 1 tempat nie..anak teruna nie enjoy mkn aiskrim strawberi..en husbnd offered strawberi choc kt huda..mesti laa taknak..sebab dh target nak mkn keesokan hari nyee…bile kt kedai tu br perasan, semua strawberi br nk berbuah..mebi nie salah satu factor byk kedai x bukak..dah buah takde, mmg x open laa untuk dipetik sendiri..hehe


4th destination

Check in hotel Casa dela Rosa





5th destination

Dah solat rehat2 kejap, baru nak p mkn..dari pagi tadi mkn light2 jer..tempat di tuju mesti Glory 78  Steamboat & Snack Corner..time kami sampai tu awai lg..belum kul 6 lagi..so br berapa meja je penuh..oh yaa kedai nie dekat sgt dgn De La Fern Hotel…senang jer nak cari..jarak dgn hotel kami stayed pun tak sampai 5minit..sblm mai sini, mmg dok survey dah kedai steamboat yang halal dan best..wpun pd asalnya kami 50-50 jer nak makan kt sini, tp d sbbkn mcm x byk choice, kami dinner jer laa kt sini..food die? Boleh laa…tak bole nak order steamboat 1 pax..MiN 2pax tau..so kami mmg mkn nie jer laa..sblm dpt steamboat tu, dpt kacang..en husband pelik gak..ye laa tak order kan..tp huda ckp biar jer..sbb huda dh baca dr bloggers lain, kacang tu mmg akan dapat n later time nak bayar depa akan charged..ade huda bc dari 1 blog nie, kalau kite argue gak pasal kacang nie, kte mesti kalah gak..nak tak nak mmg kena bayar gak laa..2 pinggan yang kami dapat tu, huda rasa banyak sayuq jer…huda bagi 2 out of 5…huhu




6th destination

Pasar malam brinchang

Kalau dah p wiken, wajib singgah sini laa kan..sini murah laa barang2..mebi x payah byr shop lot mahai2, so boleh laa peniaga juai murah skit..hehe..nasib baik kami p sini awai, dlm kul 8 dah mula ujan..lepas anak teruna dapat ‘pow’ toys dari abah die, baru kami laki bini selesa skit nak jalan2 tengok barang2..kalau tak bising mulut die..die letih sebenarnye..tak cukup tdo laa tu..tu yang mood tak berapa nak elok…

Hikss..hikss..malu nak cite..kat sini tetibe ade orang nak buat surprise..ajak singgah kedai bunga..suruh pilih nak bunga ape..sejak ble tah laki huda nie jadi manis..terlebih makan gule ke ape td..hahaha..biasa2 die sendiri ckp membazir bli bunge2 nie…thanks my husband ;) lagi 1, nak bli food kat sini was2 skit..sebab mostly yg juai cine...even ade org indon yg juai, kami tak yakin sgt nak bli..sbb nampak ade cine (mebi tokei) kt gerai yg sama...ujan mcm makin lebat, kami dok pusing lagi..atlas jumpa gak 1 gerai yg juai jagung bakar dan nasi lemak nun jauh (mcm terpersorok skit) peniaga pure islam..berbaloi redah ujan..bukan saje yakin, malah sedap nasi lemak die..



Day 2
Breakfast kat hotel nie ok..tempat kecik tp variety foods byk..suke laa en husband..jom layan  gambo sekitar hotel..lepas makan terus check out..




7th destination

Big Red Strawbery Farm

Haaa kat sini laa yg huda cakap nak mkn strawberi celup choc tu..sekali dgn ayaq strawberi tu..tp bile beli byk2, rs mcm nak termuntah plak..ade la 3 ketoi strawberi mmg tak mampu dah nak habiskan..tu laa sape soh tamak lagi -__-

Usha gak kedai souvenir kat sini..memang rasa berbaloi beli fridge magnet kat pasar malam smlm..mmg lagi murah !!





8th destination

Butterfly farm

Bawa anak teruna berkenalan dengan haiwan plok..best jugak laa kat sini..die asek ulang nak tengok jer ape yg ade dlm setiap cermin..hahaha..





Final destination


Tempat nie besaq..nak masuk pun mahai sikit laa..tapi BEST ! berbaloi laa…cantik plak tu..









Alhamdulillah petang tu selamat sampai ke umah kul 6..anak epi, kami laki bini pun enjoy \o/


Terima kasih kepada semua yang wish kat kami hari tu..ade yang through FB, sms dan whatapp..syukur masih dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik..Ya Allah terima kasih kerana masih beri kami peluang bernafas sehingga hari ini dan tumpang di dunia Mu ini..