August 16, 2015

10 fakta menarik mengenai kalsium dan ibu hamil

Kebiasaannya keperluan kalsium lebih dititik beratkan kepada kanak-kanak yang sedang membesar kan..tak lupa juga kepada orang tua, di mana kalsium penting bagi mengelakkan pereputan tulang..


cer usha graph kt atas nie, jarang-jarang orang muda atau yang berada di usia pertengahan (20 - 40 tahun) mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka..nampak macam dah stabil dan cukup jer kan..ye laa, umur camni kan jarang sakit2 tulang..konon dah kuat..tak perlu dah laa zat2 kalsium..tunggu dah berusia, baru cari semula sumber kalsium..TETAPI perlu diingatkan kalsium adalah zat yang penting bagi ibu-ibu hamil..Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.


10 fakta menarik mengenai kalsium dan ibu-ibu hamil [sini]

1. Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi semasa tempoh kehamilan.

2.  Ibu-ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

3. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu (jika kurang minat atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa)

4.   Makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

5.  Kalsium yang diambil amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

6. Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

7. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. 


8. Berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

9. Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus (permintaan yang tinggi oleh bayi di dalam kandungan)

10. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula.

so, kepada kaum hawa yang sudah berkahwin atau belum, yang pernah / sedang hamil atau masih dalam perancangan, pastikan kita makan makanan yang berkhasiat dan mempunyai sumber kalsium...tak kesah laa nak makan supplemen ker atau pun daripada sumber semulajadi :)  



sayangilah diri kita :)

+++++++++++++++


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

4 comments:

  1. assalam kalsium penting utk kesihatan tubuh.

    ReplyDelete
  2. Sy blm da pglmn lgi mgndung..nice info blh sy jdikn pnduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pompuan nie memang perlukn extra kalsium dr lelaki..especially time datang bulan..

      Delete