August 25, 2015

Zinc penting tak semasa hamil?


Pemakanan ibu-ibu hamil adalah sangat penting kerana apa yang kita makan akan terus ke bayi di dalam kandungan kita..bayi kita akan mendapat nutrien yang akan membantu dari segi pembetukan tulang-tulangnya, untuk sistem imun dan juga metabolisme. 

Salah satu nutrisi yang penting semasa hamil ialah ZINC

Related image

Jom kita kenali dulu apa itu zinc.. [Sumber]

Zinc merupakan mineral dan badan kita sangat perlukannya..zinc membantu membina dan membaiki DNA kita dan memastikan DNA berfungsi dengan lebih baik. Ia memainkan peranan yang besar dalam mengawal deria rasa, fungsi imun, penglihatan dan pengeluaran insulin, dan juga penting untuk penyembuhan luka dan pertumbuhan semula sel-sel kita.


Dah tahu apa itu zinc kan, tapi untuk ibu hamil apa pula kepentingannya?

Wanita hamil memerlukan zinc lebih daripada mereka yang tidak hamil kerana pengeluaran sel di dalam badan meningkat. Zinc bukan sahaja membantu wanita mengekalkan kesihatan semasa kehamilan mereka, tetapi membantu dengan perkembangan bayi juga. Bayi di dalam kandungan yang semakin membesar akan menggunakan zinc daripada diet ibunya untuk menukar protein ke dalam tisu dan pertumbuhan otot. Kekurangan zinc di kalangan wanita hamil berkait rapat dengan berat yang kurang semasa lahir, toksemia dan keguguran, walaupun kebiasaanya zinc mudah di dapati dari diet yang seimbang dan / atau makanan tambahan (supplemen). 



Jadi berapa kandungan zinc yang badan perlukan?

Berikut adalah pengambilan harian yang disyorkan untuk zinc: [Sumber]

Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Zinc [2
Age
Male
Female
Pregnancy
Lactation
0–6 months
2 mg*
2 mg*


7–12 months
3 mg
3 mg


1–3 years
3 mg
3 mg


4–8 years
5 mg
5 mg


9–13 years
8 mg
8 mg


14–18 years
11 mg
9 mg
12 mg
13 mg
19+ years
11 mg
8 mg
11 mg
12 mg
* Adequate Intake (AI)


Sumber makanan zinc? 

Sumber yang kaya dengan zink adalah makanan seperti daging, ikan, tiram, kerang, udang, ketam, ayam belanda, ayam dan ham. Zinc juga hadir dalam makanan tenusu (susu, yogurt, keju - terutamanya ricotta), kacang (hijau, buah pinggang, bakar), mentega kacang, kacang, tauhu, kacang merah, telur, roti, bijirin, pasta, beras, germa gandum, bran , bawang, halia dan biji bunga matahari.



Sukar untuk pastikan kandungan zinc diperlukan badan mencukupi? Jangan risau, kita juga boleh mengambil supplemen Shaklee iaitu Zinc Complex. Setiap tablet Zinc Complex mengandungi 15mg zinc. Oh ya, ibu-ibu hamil digalakkan meminta nasihat doktor dulu ya sebelum consume any supplemen..bukan apa, jika kandungan zinc dalam supplemen terlebih, akan menyebabkan pelbagai isu lain pulak..Maksimum dos yang dibenarkan hanyalah 40mg sehari [Sumber]


Kandungan Zinc Shaklee


Table 3: Tolerable Upper Intake Levels (ULs) for Zinc [2]
Age
Male
Female
Pregnant
Lactating
0–6 months
4 mg
4 mg


7–12 months
5 mg
5 mg


1–3 years
7 mg
7 mg


4–8 years
12 mg
12 mg


9–13 years
23 mg
23 mg


14–18 years
34 mg
34 mg
34 mg
34 mg
19+ years
40 mg
40 mg
40 mg
40 mg







+++++++++++++++


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi





1 comment: