September 23, 2015

korang tau tak #5: Kurma dan ibu hamil

Assalamualaikum

KURMA..

Kebiasaannya orang makan buah kurma nie time nak bukak puasa..tapi hari2 yang tak puasa, agak2 ramai tak yang amalkan makan kurma nie? Di antara orang yang jarang makan kurma, huda laa…sebelum cakap orang, renung dulu diri sendiri..hehehe

Tapi time preggy kat Muiz dulu, huda memang suka makan kurma..jarang laa skip..sampai laa dalam pantang dan jadi milk booster huda..tapi bila Muiz dah makin besar, demand susu pun dah kurang, hubungan kurma dengan huda makin jauh..tambahan pula time tu kedai runcit kat sini dah tak supply kurma kegemaran huda iaitu Yusuf taiyoob..alaa yang kotak biru kuning tu..nama produk tu Safia kot..


tapi ritu dok belek2 buku hamil..ter baca pasal buah kurma nie..JOm kita usha khasiat buah kurma untuk ibu2 hamil :

1.       Mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis

# kurma mengandungi zat2 galian seperti potassium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Jika seseorang itu mengamalkannya dengan memakan kurma setiap hari, risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan. Ia berdasarkan kajian oleh Profesor Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

2.       Merangsang dan memudahkan kehamilan

# selain itu, buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung. Lantas memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan kepadanya.

3.        Membentuk peribadi yang baik

“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

4. Mengambil keberkatan semasa kelahiran 

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:

"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma"

5. Makanan yang paling sempurna

Sabda Rasullah SAW:

"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan"

Bila preggy kali nie, tak start makan pun lagi kurma…nak kena cari balik nie..kena paksa balik diri..Alhamdulillah point no 2 tu huda dah rasa sendiri time lahirkan Muiz dulu..jom kita sama2 amalkan makan buah kurma tiap2 hari :)

+++++++++++++++



Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

September 21, 2015

Semoga hari ini lebih baik

Assalamualaikum


Bersyukur Allah masih panjangkan usia dengan memberi peluang kepada kita untuk menumpang di atas dunia ini..semoga hari ini jadi lebih baik dari sebelumnya..

"Monday is the perfect day to correct last week's mistakes"

Fighting Huda ! Try your best to finish your isotherm models and BAPC IV paper !




September 19, 2015

korang tau tak #4: buasir oh buasir

Assalamualaikum...

Malam2 weekend camni best kan dapat spend time dengan family :) tambahan pula cuti sekolah...sure ramai ber holiday atau balik kampung..dah laa insyaAllah kamis nanti nak raya kurban...

orang lain syok ber cuti, huda plok nak share sikit pasal buasir atau nama scientific nya 'hemoorhoid'':P ramai orang malu kan nak mengaku sakit nie...ye laa sebab sakit nie berkait rapat dengan pembuangan sisa dari dalam badan..konon kotoq laa tu kan...tapi dulu lepas p buat treatment [baca di sini], huda tak malu dah...rupa2nya ramai yang ada sakit nie...just semua bajet 'macho' jer :P 

Bila dah 2nd pregnancy nie, suka huda nak baca2 semua yang berkaitan dengan kehamilan..nak ingat semula tips2 dan supaya lebih berhati2 di masa hadapan...hehe....biasa2 ibu yang hamil keberangkalian akan kena sembelit nie tinggi kan..sebab ape ek


Sebenarnya semua berkait rapat dengan hormone..biasa laa time preggy nie semua jenis hormone nak berubah…tu yang banyak efek our life style..salah satu nya, hormone progesterone..bila hamil, hormone nie akan meningkat..kesannya, otot menjadi kendur sehingga usus jadi kurang efisien untuk bekerja…insyaAllah pasal hormon nie nanti huda cite detail ek..

Kalau rasa susah nak buang air besar tu, ibu2 hamil kenalah up skit makan makanan yang berserat tinggi seperti buah2an dan sayur2an supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit..

Macam huda, time 1st pregnancy dulu, sembelit memang teruk..dari awal lagi..bleeding sokmo..dok dalam toilet paling kejap 15 min laa..tu pun kadang2 sebab lenguh atau berpeluh2..dalam toilet takleh ke buat econ? Hahaha..kalau tak, lagi lama tau..yang paling kritikal time balik kampong en husband time raya..bayangkan duduk dalam keta 12 jam..jammed teruk kat Kelantan..nak berhenti, jalan ikut Grik tu bukannye banyak RnR…ingat lagi sekali tu benti kat stesen minyak nak buang air kecil n solat..terkejut kencing sikit jer, darah yang keluar tu yang laju macam air kencing…gerun kan dengar…tapi ape2 huda syukur dapat melahirkan Muiz secara normal dengan bantuan vacuum..Alhamdulillah

Tu kisah 4 tahun yang lepas…tapi sekarang dah banyak berubah..huda bersyukur sangat dengan Shaklee, eczema [aku dan ekzema] dan buasir huda dah banyak kurang…yang penting tak sakit kan..nak terus sembuh tu impossible laa..nak buang buasir tu 1 jer cara, operate…dulu dah penah buang sekali, tak kan nak for 2nd time plak..idokkk laa…

Nak tau rahsia huda makin senang ke toilet? Tadaaaa….nie laa…



Apa kaitan cik puteh ostematrix nie dengan sembelit plak? Dah laa kandungan utama kalsium jer..ada kaitan ker?

Mai nak habaq, ostematrix dikatakan melawaskan sebab dalam ostematrix juga ada MAGNESIUM yang bersifat laxative (melawaskan)..ibu2 hamil sentiasa perlukan kalsium yang mencukup dalam badan..ye laa, bile berbadan dua, semua nutrien2 kena share..janin dalam perut sangat perlukan kalsium untuk pembetukan tulang yang sihat dah kuat…jadi bila kita nie makan kalsium sikit jer, mula laa sakit belakang, kaki cramp dan susah nak buang air besar..

kan tadi dah cite pasal peningkatan hormone progesterone time hamil…bila dah jadi sembelit tu kena laa cari assistant… magnesium yang ada dalam ostematrix nie laa yang dapat membantu pergerakan otot usus dengan lebih baik..pastu magnesium nie berfungsi menyerap air ke dalam kolon, seterusnya melembutkan najis dan melancarkan pembuangan daripada badan…

oooo patut la sekarang bila konsisten makan ostematrix setiap malam (sejak confirm preggy jer konsisten, sebelum nie jangan harap laa…hehehe), esok bangun pagi sure nak membuang dulu..memang lancar laa..no pain no more bleeding..Alhamdulillah ostematrix serasi dengan huda..semoga terus dapat manfaat dari ostematrix nie sehingga kelahiran dan dalam pantang..insyaAllah 

+++++++++++++++



Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

September 18, 2015

Korang tau tak #3 : 3 sebab utama Shaklee dikatakan MESRA ALAM

Assalammualaikum..

Biasa kan kita dengar Shaklee nie Selamat, Berkesan dan Semulajadi..bak kata omputih “always safe, work and green”
Tapi betul ker misi yang digunakan oleh Shaklee nie? 
InsyaAllah mesti lah betul..

Nie salah satu bukti menunjukkan misi yang digunakan semangnya sahih..



Shaklee syarikat pertama di dunia tau yang diperakui Climate Neutral pada tahun 2000..maksudnya, Shaklee telah berjaya mengimbangi pelepasan karbon secara total untuk memberi kesan impak yang sifar pada alam sekitar..bukan senang tau..dan ibu pejabat korporat dunia Shaklee juga telah memenangi anugerah bagi reka bentuk alam sekitar..

Bukan tu jer tau, melalui penjualan Shaklee Get Clean Basic H2, Shaklee telah mampu menyingkirkan 2.7 bilion botol konvensional, pencuci tingkap anus yang tersedia untuk digunakan…kalau nak samakan, botol2 nie boleh meliputi bumi lebih dari 18 kali tau..sangat mesra alam kan produk2 Shaklee nie…

Kat Amerika Syarikat, Shaklee telah di pilih sebagai salah satu Top 20 Syarikat Mesra Alam oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) dan antara anugerah2 yang telah Shaklee menangi adalah

                # pada tahun 2009, anugerah perniagaan untuk kelestarian dari Acterra
                # Anugerah udara bersih untuk pengurang pelepasan gas rumah hijau California
                # anugerah stevia untuk best korporat program yang bertanggungjawab kepada alam sekitar

Bagaimana lagi kita nak hendak kata TIDAK pada sebuah syarikat yang telah memimpin dalam kelestarian alam sekitar selama lebih daripada 50 tahun seperti Shaklee nie? dah terbukti lama..barang elok, kualiti elok, harga pun mampu dimiliki…ada yang ragu2 lagi? Shaklee dah menjadi fenomena sekarang nie...

+++++++++++++++



Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

September 17, 2015

Korang tau tak #2: Berat badan semasa hamil

Assalamualaikum..

Selasa petang baru2 nie dapat tunaikan permintaan abg long aka Muiz..sejak bagi tengok buku pregnancy, asyik request jer “bile kite nak p tengok adik..” maka selasa petang tu start laa pegi checkup kat Datin Dr Mimin di Hospital Pantai Ipoh..kali nie sengaja beralih angin..1st pregnancy dulu dengan Dr Anjalai dari hospital yang sama..tapi bersalin di hospital Ar-Ridzuan, Ipoh..agak awal jugak untuk chekup bagi huda, tapi disebabkan huda pun ade benda nak tanya doc, so kira ok laa kot kan 9minggu tu…hehe

Alhamdulillah bak kata doc, baby sihat…dah nampak kaki tangan semua, tapi belum terbuka laa jari2 comei tu..perasaan sama macam 1st time tengok Muiz dulu, terharu dan gembira…seorang lagi janin di dalam perut nie…syukur kepada Mu, Ya Allah..sakit2 kat b*ea*t tu adalah sebab perubahan hormone..doc siap check lagi tau…sebab huda ngadu sakit dan bgtau history arwah mak dulu..

1st time jumpa nie doc tak bukak buku lg..mebi too early kan..next check up baru bukak buku..insyaAllah..balik umah, belek2 laa buku merah yang lama..dulu start pi KKIA time minggu ke 7..anak pertama kan, eksited tu lebih lagi lagi laa..belek2, terkejut tengok berat time tu…51.4 kilo je kau huda?kurusnyeee aku time tu (poyo jer orang lain lagi ringan)..macam tak caye..next check up lepas tu minggu ke 11 pn berat baru naik 300 g..

Tapi bila tengok berat sekarang rasa nak nangis jer..nak habaq pun malu2 kucing.. Dengan ketinggian 157.5 cm (rendah kan huda..hehe), BMI sekarang dah mencecah 23.9..lagi sikit je nak overweight untuk ketinggian macam huda nie..sob sob T_T tengok laa betapa gemok nye huda skrg…tak kesah laa, yang penting sihat kan…gemok maksudnya laki bagi cukup makan minum la tu..hahaha…oh ya, kalau kawan2 nak check BMI, boleh laa belek2 kat BMI calculator 

Di sebabkan berat badan terlebih menarik kali nie, jadi huda tak boleh laa expect kenaikan berat tu sama macam 1st pregnancy…big NO ok !!


Haaa korang tau tak? Kenaikan berat nie totally depends pada berat badan sebelum preggy…kalau dulu naik berat 13 kilo, kali nie make sure maksimum berat 10 kilo jer..tak nak laa nanti lepas beranak susah nak turun berat badan…kang meroyan tengok baju n suor jeans tak leh pakai..hahaha

Sedikit fakta yang huda dapat dari buku prengnancy kat umah nie:

“jika anda mempunyai berat badan berlebihan sebelum kehamilan, maka pertambahan yang di sarankan harus lebih kecil daripada ibu yang mempunyai berat badan ideal kerana ibu hamil dengan berat badan yang terlalu berlebihan akan mengundang risiko diabeter gestasional (kenaikan kadar gula darah disebabkan proses kehamilan) atau terjadinya preeclampsia (keracunan kehamilan di mana terjadinya peningkatan tekanana darah)”

Peratusan pertambahan berat badan anda semasa kehamilan:

Darah dan cecair tambahan – 22 %
Rahim, payudara dan punggung – 20 %
Air ketuban – 11 %
Plasenta – 9 %
Bayi – 38 %

Jadi, pesanan untuk ibu2 hamil dan diri sendiri, kerap laaa monitor kenaikan berat badan..jangan ingat bila hamil, tak kesah dah pasal berat badan..hehehe

+++++++++++++++



Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

9 tips for writing phD thesis

Assalamualaikum

Alhamdulillah huda sekarang di fasa menulis thesis...ada data yang dah analyze, dan juga ada banyak lagi data yang belum di analyze...*crying*

dan seperti writing master dulu, huda start dengan table of content..so that dari situ boleh laa nampak structure of thesis..dan its normal for changing it every time we are in writing mode :)

dan atas nasihat dari senior2, huda mulakan dengan Chapter 2 - Literature review...last time during master, Dr Khalik memang concern sangat bab nie..katanya, anggap examiners know nothing about your work..so you need to explain everything..maka, during viva master dulu, Alhamdulillah external examiner puji chapter 2..so kali nie untuk phd, walaupun sentiasa macam di anak tiri kan, huda akan berusaha untuk maintain the momentum..lagipun, chapter 2 will be the longest chapter in the thesis..believe me! :)

dalam dok weng2 writing, terjumpa useful tips for writing phd thesis :)




apa yang penting, focus ! 

ingat huda, bukan senang nak senang...figthing ! 

September 16, 2015

Korang tau tak #1: 5 keistimewaan Anggur Muscadine



Korang penah dengar cik merah VIVIX..kebiasaannya, bila pengguna2 nak risik2 the best product of Shaklee, SID sure akan suggest vivix..apa laa yang special sangat dengan ayaq merah masam2 nie?


Dan standard akan dengar respon dari pengguna, “alaa…sah2 SID nie nak promote barang paling mahal..pastu claim the best product” :P

Huda rasa ayat nie siapa2 pun akan cakap camni kan..bukan untuk Shaklee jer, apa2 jenama jer laa..macam kita p supermarket, sure promoter nak jual barang paling mahal kan..untung2 rezeki dia dapat extra gaji bulan tu kalau kita jadi beli barang dia..

Untuk Shaklee, takde kurangnyee pun…memang laa untung lebih sikit kalau dapat jual vivix nie (sebelum GST laa..sebab lepas applied GST, GST diserap kepada harga ahli jer..retail price maintain sama), tapi ada benda yang lebih penting kita semua patut tahu mengenai VIVIX nie..apa tu?

Tadaaaaaaaaa…



Anggur muscadine nie sebenarnya salah satu daripada EMPAT ramuan semulajadi yang digunakan untuk produce vivix nie..jom kita risik2 pasal anggur nie:

1.       KEISTIMEWAANNYA adalah SAIZ nya..buah anggur nie memang lain dari yang lain..besar sebji bola golf tau..bole bayangkan tak kalau kita nak makan macam mana? Jenuh laa berapa kali nak kunyah..hehe

2.       SATU2NYA anggur yang mempunyai lebih satu kromosom..habis tu ada berapa? untuk apa kromosom nie?Anggur muscadine nie yang juga di kenali sebagai anggur LIAR mempunyai 20 kromosom !! untuk apa banyak2 kromosom nie ek? Dengan pasangan tambahan kromosom, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.

3.       TERBAIK mengandungi resveratrol dan asid ellagik iaitu sejenis polifenol. Dua jenis bahan ini tiada dalam buah anggur biasa. Asid Ellagik ini berperanan menghalang atau menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

4.       BERBEZA dengan anggur biasa, anggur muscadine mengandngi 6 KALI GANDA lebih resveratrol.

5.       Bertambah MENARIK dengan kandungan tinggi flavonoid dan serat berbanding nasi dan oat.

haaa tertarik kan..dah nampak kan betapa mahalnya ramuan vivix itu sendiri, fungsi dan sifat anggur muscadine itu sendiri..jadi harga memang laa setanding dengan kualiti kan..kalau nak menikmati kebaikan anggur muscadine atau muscat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan, minum jer VIVIX :)



+++++++++++++++



Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

September 07, 2015

6 benda wajib untuk ibu hamil

Anda Hamil ??!! TAHNIAH !!!

Pastikan anda mendapatkan pemakanan yang TERBAIK buat diri anda & anak yang dikandung

6 Supplemen Utama Buat Ibu Mengandung


(1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, sebab B-Complex nie dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.




(2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie multivitamin. Bagi yg ada tekanan darah rendah, boleh la amik 2 biji sehari.


(3) Vit-C - 1 tab daily. Untuk tingkatkan antibodi badan, natural antihistamine and collagen source, jadi dapatkan kurangkan kesan stretch mark.


(4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, memadai 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.



(5) Zinc ComplexKekurangan zinc di kalangan wanita hamil berkait rapat dengan berat bayi yang kurang semasa lahir, toksemia dan keguguran..lebih lanjut boleh baca di sini


Bila masuk trimester ke-2, add on OMEGA untuk membantu perkembangan otak bayi anda.



Supplemen ini juga boleh di teruskan semasa berpantang & untuk penyusuan susu ibu. Untung sangat kan. So takde laa istilah pembaziran di situ. Ada kawan2 yang need more info? Boleh la roger2 huda yer :)


+++++++++++++++


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

September 06, 2015

10 tips potty training my little prince



Assalamualaikum

Ada kawan2 yang tanya pasal potty train anak yang sedang membesar..so kat sini huda nak share la sikit tips2 yang huda dapat dari internet dan apa yang huda dah buat dan berjaya di aplikasikan untuk anak soleh kami..mudah2an dapat membantu parents yang lain..insyaAllah 

10 tips potty train my little prince

1. pastikan mak ayah dan anak betul2 ready untuk ini..kedua2 memainkan peranan yang sangat penting..sebelum kami berjaya potty train Muiz, 2kali kami gagal..sebab apa? kami sendiri belum bersedia..hehe..bila dah rasa ready, kami slow talk dengan Muiz..bukan hari ini cakap, esok terus buat..pastikan mental anak ready dulu yer..


Semoga Allah permudahkan urusan mama dan Muiz hari ini..1st thing mama sendiri kena ready dari segi fizikal dan mental untuk ‪#‎pottytraining‬ anak soleh ‪#‎muhammadmuizzuddinarshaq‬ ..smlm awk dah 3y3m syg

Any tips dari kawan2? 


2. lipat / simpan semua carpets / rugs yang cantik2 tu..so takde laa kalau anak tercicir, kita meroyan kan..bak kata omputih, create environmental friendly :)


3. sebelum start, kami psycho Muiz..bgtau pampers dah habis...tinggal lagi sikit jer..tunjuk bukti..time tu kami sorok 1 pack pampers yang tak buka lagi dalam stor..hehe

4. huda tak masuk opis siang hari time nak train dia nie..sebab tak nak nyusahkan babysitter dia..ingat lagi time tu start hari rabu..so boleh continue sampai weekend..2kali gagal sebelum nie kami buat time weekend atau waktu malam balik dari opis..so nie salah satu sebab bertambah kegagalan..huhu


5. ada yang huda baca tips, soh bagi anak minum air banyak2 untuk trigger rasa nak kencing tu..tapi to be honest, gagal guna cara nie untuk Muiz..

6. jangan train day jer tau..continue sampai malam..selama 2 minggu laa untuk betul2 pastikan kami berjaya train dia, kami bertiga tidur atas toto..haha..dan tak ON air cond! dan standard laa mama abah tak cukup tidur malam..kunci jam setiap 2 jam, kejut Muiz bangun p toilet...tapi dia tak layan pun..marah2 lagi ada laa...


7. kami guna pelapik bila Muiz tidur..time tu macam nak beli gak yang waterproof sheet protector tu, tapi baru sedar ade lebihan yang arwah mak punyer..so jimat duit abah..hehe

8. tanya sokmo Muiz nak kencing tak..rasa setiap setengah jam kot..sampai kena marah laa ngan dia..mama nie asyik tanya Muiz jer..hahaha..day 1 and 2 success..tapi masuk hari 3, spoil sikit..

Ini budak tak suka bergambaq..dan dah bosan dengaq soalan mama nak kencing tak..mama plak asyik ajak masuk toilet..dok pesan berulang kali rasa nak kencing terus p toilet tau..sampai dia sendiri jawab "ye lerr"..hahaha
Abeh laa train abah dia godek2..satg abah balik lunch abah bising taktau noo..dah laa makan masa 2 malam nak buat benda tu 
tongue emoticon
 sori abah @khaizanhuda "muish buat jalan2 jer..tak kan abah nak marah2 kot"




‪#‎pottytrainday1and2‬ berjaya..sampaikan p tesco ok je lagi..mai day3, die bagi keje sikit kat mama..yak yak dalam suo..bile tnya kenape tak habaq kat mama "mama kan tengah solat..Muish tak cakap laa"
Ye laa nak..ade je nak jawab kan..no sticker for today yer..


 feeling cool.

9. guna internet - share dengan dia kesan kalau tahan kencing / yak2..nak takut2kan dia, huda google jer gamba2 budak yang sakit..yang berbalut2 ker...so dia rasa takut laa sikit..lagi satu, kat you tube tu banyak video potty train..so huda bagi dia tengok..cara nie banyak membantu !

10. lastly, reward ! from you tube tu, dia ada tengok camne budak tu dapat sticker setiap kali berjaya p toilet dengan sendiri nya...so huda bagi dia pilih sticker yang dia nak setiap kali dia berjaya p toilet..dan sentiasa puji Muiz bila dia dapat dengan sendirinya ke toilet...


dan sepatutnya Muiz dapat reward p Legoland bila diaper free..tapi disebabkan hal2 tertentu, dia belum diaper free sepenuhnya (baru 3-4 hari buat) dah dapat reward tu ! untung kan...tapi even dia pakai pampers dari perak - johor, dia langsung tak buang air kecil...katanya nanti basah...bila ajak p toilet, tak nak..mungkin belum ready nak ke public toilet kot time tu..

nie antara tips yang kami guna..Alhamdulillah tak sampai 2 minggu Muiz berjaya..mungkin parents boleh add on beli mangkuk tandas yang cute2 untuk tarik minat anak ke toilet..ataupun beli underwear yang untuk potty train tu..tak pasti la kat mana jual..dan ade jugak kawan kt fb share, lepas sunatkan anak dia (lelaki laa dan time tu 2y), terus diaper-free...kesimpulannya, nak potty training anak2 nie kena rajin dan jangan cepat putus asa ! chaiyok mommies and daddies !! 

Muiz ade pelapik camni..tapi dia reject -__-