January 20, 2015

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ




hati tergerak nak join mini cash GA nie..
even sebenarnya nothing much to say since huda baru lagi berjinak2 dengan dunia blog nie...
tapi apa yang huda suka pasal bubblynotes nie adalah dari segi penulisan nya..
sempoi..straight to the point..yang penting tak skema *macam huda*
ok tu jer kot..

tQ :)

TIGA tips PENUAAN yang SIHAT

Assalamualaikum

Hari nak nak berceloteh pasal penuaan laa..

Yang muda pasti akan tua kan..bila dah tua mula laa kulit berkerut dan mudah untuk dijangkiti penyakit kan..

So sekarang huda nak kongsi dengan semua TIGA cara untuk mendapat kan PENUAAN yang SIHAT..ala2 awet muda laa nie..hehe

1. Diet yang seimbang



Kadang2 semakin berumur semakin tak menjaga bab makan nie kan..bila usia semakin meningkat, selera tu bertambah...takde dah nak jaga diet..dan bila dah makan tu tak beringat..makan dalam kuantiti yang banyak !

Sebenarnya pemakanan sangat penting untuk kekal sihat dan kuat tau...amalkan diet yang rendah lemak tepu, dan kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bijirin penuh..insyaAllah bila diet yang seimbang diamalkan, kita dapat sediakan badan dengan dengan anti oksidan, serat dan nutrien yang di perlukan oleh badan..

2. Kekalkan berat badan yang sihat

Biasa kan kita tengok semakin berumur, badan bagai di pam2..berat badan naik 2-3 kali ganda dari usia muda...bila jatuh sakit, badan tak sihat, sama ada berat akan bertambah atau turun semula...

Untuk dapatkan penuaan yang sihat, selalu lah monitor berat badan..kira BMI (Body Mass Index) dan pastikan ia kurang daripada 25 ! *berat huda dah naik selepas kahwin..5-6kilo dari zaman muda remaja...tapi naseb baek BMI ok lagi*



3. Senaman

credit Gymonlocke

Bab nie memang terkena batang hidung sendiri...dulu rajin gak laa jogging jalan kaki kat tasik UTP tu..sekarang dah kahwin ada anak macam malas jer..dulu suka layan poco poco..tapi sekarang?

Pakar nasihatkan untuk melakukan senaman yang kerap..30 minit sehari selam 5 hari seminggu..korang mampu? macam takde masa jer kan..tapi nak sihat kena laa berkorban kan -__-

Selain tiga di atas, TABIAT TIDUR pun kena jaga...jangan terlebih tidur pula..kurang tidur pun tak tak ok...EMOSI pun kena jaga yer..pernah kan dengar jangan marah, nanti cepat tuaa...

Kat bawah nie tanda-tanda penuaan..kalau rasa tak tergolong dalam kategori kat bawah nie, kire nyaa muda lagi laa tu..angka umur tu tak penting, yang penting tak nampak rupa paras dan penampilan kan..steaadyy :)


Jom kita sama2 amailkan gaya hidup sihat :)


January 19, 2015

7 tips mengatasi rasa MALAS


Semakin hari huda semakin malas nak masuk lab..padahal lagi sikit jer experiment nak di habiskan..

Semakin hari huda semakin malas nak memasak awal pagi, bekal untuk anak soleh kami..

Semakin hari huda semakin malas nak baca journal / article paper..nak habiskan satu paper pun take times :(

Semakin hari huda semakin malas nak menulis kat blog nie..dah banyak yang 'draft'..tapi malas nak habiskan..

hurmmm..macam ade jer lagi..macam mana ek nak buang sifat malas nie? korang ade tips tak? huda sampai tanya cik google laa..hehe..

Tips mengatasi rasa MALAS:
credit Raja Shamri

1. Mandi wajib - sempurna yang boleh..
ok..surprisingly jugak laa nie tips pertama yang abang raja kongsikan..so lepas nie, sila check semula yer cara mandi wajib kita..



2. Warna pakaian - warna pakaian juga adalah peranan penting untuk mengatasi rasa malas nie..bak kata abg raja, bila kita pakai baju warna yang kita suka, kita akan rasa macam ada tenaga baru..huda suka warna pink, tapi baju pink tak banyak...*hunting for more pink color clothes*

3. Suhu - kat opis sejuk ! memang cepat rasa malas kan..mengantuk jer..terutama bila lepas lunch..abg raja suggest cari tempat yang bersesuaian dan tukar suhu..tapi kalau kat opis nie macam mana nak tukar suhu..nanti orang lain marah T_T

4. pencahayaan - huda suka study dalam suasana tak cerah sangat..sebab tu dari dulu suka study tengah malam..di bawah lampu studi jer..kat hostel, guna lampu koridor jer..tapi tu dulu..zaman muda remaja..sekarang dah berubah..lagi malap kurang cahaya, bertambah malas huda..hehe

5. makan banyak - yang nie semua orang tau kot..makan banyak memang akan rasa malas..malas nak buat kerja..malas nak bergerak..so bagi huda, pepandai la diri sendiri control makan yer..hehe

6. orang sekeliling - kalau kita tengok orang sekeliling rajin, pasti kita akan lebih rajin kan..tapi huda tak de efek pun..kalau tengok orang rajin, bertambah stress..lagi slow keje..tapi bila tengok orang ngantuk macam nak take nap, huda pun join ! hahaha

7. solat 5 waktu - kita sebagai umat Islam WAJIB jaga solat 5 waktu..awalkan waktu solat supaya kita lebih bertenaga untuk melakukan kerja yang lain..InsyaAllah

dan satu lagi, mungkin kita semua boleh amalkan doa nie..



Tips dah ada..jom kawan-kawan kita semak balik diri kita..kalau ada yang kurang tu kita perbaiki..wallahualam

Kenapa VIVIX menjadi pilihan ramai

Bismillahirrahmanirrahim

TONIK AJAIB Shaklee atau di dikenali dengan VIVIX semakin popular sekarang nie..tambahan pula bulan nie ada promosi..



agak2 kenapa yer vivix nie terkenal sangat?

1. Penuaan yang sihat
Vivix adalah salah satu makanan tambahan anti penuaan yang terbaik di pasaran, dan ia adalah 100% SEMULAJADI, sama seperti semua produk Shaklee yang lain..apa yang produk ini lakukan ialah dengan melemahkan kesan dari perkara-perkara yang memberi tekanan kepada sel-sel di dalam badan kita seperti pemakanan yang buruk, pencemaran, dan banyak lagi aktiviti yang beri kesan buruk kepada sel-sel.

2. Senjata rahsia
Kalau korang nak tahu, Shaklee mempunyai senjata rahsia dalam penyediaan tonik ajaib nie...lebih hebat dari dari produk anti penuaan yang lain yang juga menggunakan ramuan resveratrol..KEISTIMEWAAN Vivix yang tiada tolak tandingannya ialah ramuan yang dipanggil anggur muscadine..

Anggur Muscadine amat kaya dengan polifenol, dan bahan-bahan lain yang menggalakkan penuaan yang sihat..dengan gabungan dengan resveratrol, korang akan berasa bangga dengan memiliki produk pertama ini untuk penyelesaian anti penuaan di pasaran..dan kalau korang nak tahu, setiap ramuan tunggal menjalani ujian yang ketat, untuk memastikan ia menepati piawaian yang tinggi atas permintaan Shaklee Corp.

3. Sains di sebalik ramuan nya
Vivix adalah satu-satunya produk yang memberi TUMPUAN hanya kepada SEL-SEL..sel-sel yang sihat sangat penting untuk kekal aktif dan sihat..pemakanan yang tidak seimbang, pencemaran alam sekitar dan tekanan hidup memberi impak yang besar kepada sel-sel..sukar untuk kita untuk mengawal keadaan sekeliling..jadi alternatif nya, dengan mengambil makanan tambahan seperti VIVIX dapat membantu hidup lebih sihat..ingat yer, badan yang sihat dari sel-sel yang sihat !

InsyaAllah dengan tonik ajaib yang ekslusif dari Shaklee ini dapat membantu memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.  


cer tengok sel di atas..yang mana pilihan korang? 

***********
Rakan Shaklee anda ~


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

Anti Cancer Superfruits

Bismillahirrahmanirrahim

Sekadar perkongsian dengan bloggers...

Ingat dulu arwah mak selalu makan durian belanda, avocado dan buah naga..


Kebanyakkan buah-buahan kat atas nie huda tak suka, tapi mungkin huda perlu belajar makan kan...

prevention is better than cure right?

tapi 

huda ade consume supplement yang high antioxidant macam 
Vitamin C dan Vitamin E
kira ok laa tu kan 
lagi best kalau boleh consume cik merah VIVIX
nak beli buat stock laa sementara ada promosi bulan nie...

kawan2 yang ada risiko mendapat sakit cancer kerana genetik, 
apa langkah-langkah berjaga korang dari segi pemakanan?
jom share ^__^



January 18, 2015

Throwback kisah sebulan yang lepas

Assalamualaikum..

Hari nie saje jer laa nak throwback kisah sebulan yang lepas...lepas attend 1st conference, lebih kurang seminggu lepas tu kena join conference lagi...so far rezeki huda attend conference dalam Malaysia jer..last two years (Dec 2013), ade la supervisor suruh join conference kat Korea..tapi huda terpaksa tolak di atas sebab2 tertentu..tahun 2014, Alhamdulillah tiga conference dah berjaya attend..target tahun 2015 lagi dua persidangan bertaraf antarabangsa dan dua kertas jurnal..

2nd conference yang huda attend kat Putrajaya, Kuala Lumpur ni di beri nama Energy and Sustainability 2014. Kali nie, Alhamdulillah rezeki huda lagi dapat bawa en husband dan muiz bersama dan menginap di hotel yang di luar kemampuan kami..kalau mampu pun, sehari jer kot nak stay situ..plan asal huda nak p balik hari jer..naik ETS, turun KL Sentral naik ERL, naik teksi ke tempat persidangan..then balik..plan asal tak jadi..dapat gak laa huda merasa perabih duit grantt..dah laa berstatus student jer..hehe

Hotel yang kami menginap selama 3 hari 2 malam adalah Pullman Putrajaya Lakeside..sepatutnya boleh stay sampai 3 malam, tapi en husband dah habis cuti..dapat teman only for two nights..jom layan gamba kami kat sana (",)


Day 1 
15th Dec 2014


Dalam pukul 6.30 ptg baru gerak ke KL..tapi banyak pit stop..
around 11.30 pm baru sampai hotel..

Day 2 
16th Dec 2014


Huda p pagi jer...lepas registration terus balik hotel..
kami p shopping buku kat BBW :)

Day 3 
17th Dec 2014


My two heroes buat aktviti sendiri sebab mama busy conference..
swimming pool die biasa jer..tak luas sangat pun..huhu



Alhamdulillah settle :)

petang lepas huda habis conference, kami ambil kesempatan bersiar2 di sekitar hotel..
ada kids room..ada gym..games untuk adult pun ade..
tak sempat nak explore semua sebab ade hal T_T





 bagi huda tempat nie memang EKSLUSIF..interior dalam bilik ok..tapi huda sedih sebab takde meja study macam kat hotel sebelum nie...huhu...hotel nie mahal maybe sebab tepi tasik dan semua di perbuat dari kayu kott...

Ok laa..kalau tanya nak pi lagi tak hotel nie, tak kot..unless dapat free stay macam nie lagi..hehe

BYE BYE ~

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman


Bismillahirrahmanirrahim



3 blogger pilihan hati huda :)




Selamat berjaya semua ! :)

January 17, 2015

LAPAN cara menyimpan vitamin dengan betul

Bismillahirrahmanirrahim


Huda yakin pasti ramai yang tak kesah melabur untuk membeli supplemen atau vitamin untuk menampung kekurangan zat dalam badan kan..duit boleh di cari, kesihatan yang baik tak boleh nak di jual beli..

jadi sangat penting kita menyimpan vitamin dengan betul untuk mengelak dari 'money wasted'..meh huda nak share sikit dengan korang antara panduan menyimpan vitamin dengan betul terutama Shaklee di mana produk2nya semulajadi :)

Bahan semulajadi yang terkandung dalam supplement semulajadi Shaklee yang menggunakan sumber tumbuhan berkualiti tinggi membuatkan sesetengah daripadanya berubah warna sekiranya terdedah kepada suhu, kelembapan bagi tempoh yang lama.



Antara panduan yang boleh diikuti untuk menyimpan supplement adalah: credit myavitashop
  1. Simpan dibawah suhu 25˚C.
  2. Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari secara terus, haba panas dan kelembapan melampau (atas 60% humidity)
  3. Tempat terbaik untuk penyimpanan supplement semulajadi adalah refrigerator (peti sejuk); yakni tempat yang berudara sejuk, kering dan tiada kelembapan. Untuk mengelakkan supplemen tersebuh terdedah kepada haba, yang mungkin membunuh enzim dan mempengaruhi fungsi / keberkesanan.  
  4. Tutup penutup botol supplement dengan rapat. 
  5. Sekiranya warna supplement anda berubah daripada warna asal, dikhuatiri supplemen tersebut telah terdedah kepada suhu dan kelembapan yang boleh menjejaskan keberkesanan dan fungsi supplement tersebut.
  6. Ambil tablet supplement menggunakan penutup botol dahulu dan BUKAN sentuhan terus dengan tangan. Gunakan tangan untuk tablet yang hendak dimakan sahaja diatas penutup botol tersebut.
  7. Sekiranya anda membeli supplement bersaiz botol besar, bahagikan sebilangan jumlah tablet dari botol besar tersebut kepada botol kecil untuk mengelakkan kekerapan membuka penutup botol besar itu yang boleh mendedahkan kepada perubahan suhu persekitaran. TAPI perlu di ingatkan untuk segera menghabiskan vitamin yang dipindah ke botol kecil.
  8. Simpan di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak untuk mengelak kanak-kanak itu ter makan vitamin yang tak sepatutnya (walaupun ia adalah semulajadi).

Ada yang tersalah cara menyimpan vitamin? Semak semula yer..lepas nie boleh laa guna tips di atas untuk menyimpan vitamin..supplemen yang ada tu bukan laa dapat free kan..so kena laa jaga yer..

pesanan: di sini lah pentingnya beli dengan orang yang mempunyai ilmu serba sedikit mengenai produk yang dipasarkan..bukan nya dengan seller yang bertujuan untuk menjual dan mendapat untung jer..tapi kalau orang yang jual tu tak bagitau sebab lupe, kita sebagai pengguna ade hak untuk mempersoalkan..bukan untuk vitamin jer, tapi untuk semua benda yang ada urusan jual beli..

***********
Rakan Shaklee anda ~


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

January 12, 2015

9 ciri-ciri MLM berlandaskan syariah

Assalamulaikum..

Malam yang indah nie suka untuk huda kongsikan kenapa huda pilih Shaklee sebagai side income keluarga huda..padahal banyak lagi kan Multi Level Marketing (MLM) di Malaysia nie..sebelum kahwin dulu time zaman muda remaja, ade laa 2-3 MLM yang huda dah pernah join..ada yang bermodalkan minimum RM500..nak dapat duit kena cari 2orang bawah kita..pulun laa cari orang time tu..tertipu laa bila upline cakap system nie berlandaskan syariah..time tu b*d*h..orang cakap apa percaya..tak selidik pun dulu..ada laa dapat untung sikit..insaf2..rasa tak berkat guna duit dari situ T_T

Dengan Shaklee, huda tak pernah pun ada niat nak buat bisnes..trauma..takmau dah kena tipu..dulu takpa laa kalau kena tipu..menyusahkan hidup sendiri jer..tapi sekarang bila dah ada keluarga sendiri, kena laa lebih berjaga2..memang beli Shaklee untuk consume sendiri je...2 bulan lepas tu baru register jadi SID..time tu tak pikir gak nak buat bisnes..join sebab nak dapat harga ahli jer..lagipun modal rm65 seumur hidup..murah kan? Hehe j0m j0in Shaklee

Lepas daftar, bila pertama kali dapat BONUS dari Shaklee memang eksited..time tu takde through online banking..semua dapat cheque..padahal time tu dapat RM3* jer..sikit jer kan..tapi rasa syok laa pulak..bukannya aku berniaga pun, guna sendiri jer..boleh dapat bonus jugak..lepas tu mula laa me rajinkan diri men google pasal bisnes Shaklee nie..bukan apa nak tau apa maksud “MLM yang mengikut garis panduan syariah”..Alhamdulillah sekarang baru huda paham..

OK..meh huda nak kongsi sikit faktor-faktor penting yang kita WAJIB tahu dan paham join MLM
*diolah dari Shariah dalam MLM*

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.



6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Jadi, selepas huda baca semua nie, huda yakin Shaklee nie adalah sebuah syarikat yang telus dari segi semua aspek..LANGSUNG TAKDE KERAGUAAN mengenai cara mengira komisyen, produk2 yang dijual dan juga tak pernah ada paksaan..dalam Shaklee, sapa buat, dia laa yang dapat..sebab tu ramai jer yang ‘anak-anak’ Shaklee mereka rank lebih tinggi..ada sampai ‘cucu’ lagi up pun ada..kenapa? sebab dia tak rajin ! *kena batang hidung sendiri* hukhuk :’(

Tiada paksaan dalam berbisnes Shaklee..
Syarikat yang telus dari segi semua aspek..
Produk-produknya yang berkualiti..
Ingat Shaklee, ingat laa Huda J


***********
Rakan Shaklee anda ~
Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

Satu soalan wajib ditanya semasa Darjah 1

Assalamualaikum semua

Selamat ber sekolah kepada adik-adik yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah..

dan 

Selamat kembali ke sekolah kepada adik-adik yang dah memang pernah ke sekolah tahun lepas..hehe

Korang ingat tak lagi hari pertama korang ber sekolah macam mana? Huda macam dah lupa laa..takde memory pun..tak ingat ! nampak sangat dah tua kan..hahaha..

Tapi ada satu perkara yang huda masih ingat apa yang huda buat semasa Darjah 1 dulu..normal la kan cikgu tanya cita-cita kita kan..biasanya cikgu suruh senaraikan TIGA CITA-CITA sebab nak isi dalam buku laporan kot (tak pasti buku apa)..nak tau cita-cita huda? hehe



Pertama

CIKGU

kenapa cikgu? sebab yang bertanya tu cikgu..rasa macam best jer kalau jadi cikgu..hehe

Kedua 

(tak ingat sangat apa..)

Ketiga

PEKERJA KILANG

budak-budak dulu siap ada cita-cita nak jadi pekerja kilang tau ! hahaha..padahal tak perlu laa nak bercita-cita tinggi..belajar sampai spm pun boleh apply keje nie..hehe..faktor utama huda cakap nak kerja kilang sebab arwah mak kot..dulu arwah mak keje kilang Hewlett Packard (hp) kat Bayan Lepas..tu yang rasa best kot..huhu..kesian arwah dulu bekerja keras untuk besarkan kami adik beradik..keje 12 jam sehari..terkilan tak dapat nak balas budi mak :( Al-fatihah

Orang sekeliling memang bagi pengaruh kuat kepada kanak-kanak kan.."kids tend to be influenced by people surround them"..pengaruh macam nie ok lagi..tapi ada jugak kanak-kanak yang sangat sangat terpengaruh dengan program TV..sampaikan ada yang jawab nak jadi Power Rangers !! *time huda kecik memang femes superhero nie*

Sebenarnya cita-cita kita nie akan berubah seiring dengan usia kita..macam huda bila dah besar sikit nak jadi doktor laa..nak jadi forensik laa..time join kadet polis, nak jadi polis..hehe..tapi yang pasti sampai ke spm kuat nak jadi doktor..tapi apakan daya, takdak rezeki..kejuruteraan menjadi pilihan ku..sampai sekarang masih study pasal "chemical engineering"..Alhamdulillah :)



Apa pulak cita-cita korang? ada tak cita-cita Darjah 1 tercapai bila dewasa?

January 07, 2015

16 CARA UPDATE DIRI DAN AMALAN KITA

Sebelum tidur meh kita spend time sikit baca 16 CARA CUCI HATI...
kenapa sebelum tidur? 
"Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. 

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

5. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".

6. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

7. Berpuasa

8. Cuba ingat tentang mati 
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

9. Kekalkan wuduk

10. Bersedekah

11. Belanja orang makan

12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah

13. Berkawan dengan ulama

14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

15. Pesan pada orang, jadi baik....

16. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb)

*Cara-cara di atas diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah* credit PM Cery
*sumber cik google*
OK...sila terasa huda...jom kita audit diri kita..yang baik kita teruskan, yang mana kurang kita baiki..udah2 laa tu update status facebook yer..renungan bersama ! :)

SELAMAT MALAM SEMUA....