January 06, 2015

YOU ARE WHAT YOU TARGET !!

Assalamualaikum semua..

Entry pertama dari mama Muiz untuk tahun 2015...

Alhamdulillah hari ni dah hari ke-6 di tahun 2015. Bila masuk tahun baru, mesti ramai yang buat azam baru kan. Termasuk la huda. Tak banyak pun azam huda. Ada yang azam tahun lepas tapi tak tercapai lagi. 

Kawan2 dah ada impian? Kalau belum, suka untuk huda share sikit perkongsian dari 'secret group' Shaklee tentang impian. Buat yang masih "kosong" impian 2015 nya semoga ini membantu. 

InsyaAllah dengan menggunakan format ini, azam kita akan lebih teratur dan sistematik.
FORMAT UNTUK MEREKABENTUK AZAM TERBAIK 2015 :(Sumber)
1. KARIER (Contoh : target naik pangkat tahun ini, dapat kerja baru tempat lebih baik)

Huda belum bekerja, so takde la sangat nak focus kat karier. Tapi apa yang penting untuk point pertama nie huda akan lebih focus kepada PHD JOURNEY huda. By end of this year, submit 1st draft of thesis. Doakan huda berjaya yer kawan-kawan :)
2. FIZIKAL (contoh : target nak turunkan 10 kg, elakkan minyak & gula)

Balik kampung baru2 nie, sedara tegur, "dah berisi ker"..tersentap huda..maaf yer semua...Muiz belum nak dapat adik lagi...isi baby takdak..tapi isi2 lemak tebal laa..memang huda perasan nak pakai jeans pun dah ketat tau sekarang..kalau tanya berapa nak lost weight, huda taktau nak jawab berapa...yang penting muat baju2 dan seluar2 lama...kesian laki huda nak kena beli kan baju / seluar baru tau ! *bukan ko suke ke huda* hahaha

nak kurus camni..umur anak soleh 3 bulan
3. Emosi (contoh : elakkan berkata negatif di FB elakkan berfikir negatif dlm hidup)

*credit cik Google*
Sempena tahun baru nie, huda nak berubah tak nak dah emo tak tentu pasal..perangai macam budak2..padahal dah ada title bini n mak orang pun ! tiap2 tahun azam yang sama, tapi tahun nie kena berusha lebih lagi sebab......next year dah masuk 3 series !!! hehe
4. Kewangan (contoh : target tambah simpanan 100k by end of the year)

Dari segi financial, huda nak serious berShaklee..supaya lebih ramai orang akan lebih sihat dan cantik :) dan juga dapat side income untuk tambah pendapatan keluarga...tolong suami..tolong orang2 dalam kesusahan..sedih tau bila bencana banjir baru2 nie tak dapat nak tolong banyak..bila tengok keadaan mangsa2 banjir kat FB, bergenang jer air mata..
i wish i am a billionaire :(
5. Family (contoh : tambah anak lagi. bawa family holiday umrah ke Mekah)

Bab nie huda sukaaaaaa sangat !! Kesian Muiz takdak kawan nak main..bosan dah main dengan mama abah..insyaAllah planning kami, tahun depan bulan Januari, Muiz dapat adik (same birthday month dengan Muiz)...so dalam bulan 4 - 5 nanti kena laa berusaha keras sikit...hahaha

anak soleh Day 1
6. Spiritual (contoh: baca setengah juz sehari, lazimkan solat tahajud/ dhuha)

Yang nie penting...sejak join Shaklee under group Jutawan, banyak huda belajar amalan2 rohani yang sebelum nie jarang sangat huda ambil berat..Alhamdulillah tahun 2014 banyak mengubah kehidupan seharian huda dan target untuk tahun 2015 lebih banyak amalan2 sunat dan ISTIQAMAH ! InsyaAllah  
OK Sebenarnya setiap 6 perkara yg dinyatakan di atas adalah semua yang selalu kita tegaskan dan amalkan. Jadi pertingkatkan KOMITMEN kita 2015 ni dgn zahirkannya.
Hanya yang BUAT akan RASA. Percaya sebelum berjaya !!

No comments:

Post a Comment