January 12, 2015

Satu soalan wajib ditanya semasa Darjah 1

Assalamualaikum semua

Selamat ber sekolah kepada adik-adik yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah..

dan 

Selamat kembali ke sekolah kepada adik-adik yang dah memang pernah ke sekolah tahun lepas..hehe

Korang ingat tak lagi hari pertama korang ber sekolah macam mana? Huda macam dah lupa laa..takde memory pun..tak ingat ! nampak sangat dah tua kan..hahaha..

Tapi ada satu perkara yang huda masih ingat apa yang huda buat semasa Darjah 1 dulu..normal la kan cikgu tanya cita-cita kita kan..biasanya cikgu suruh senaraikan TIGA CITA-CITA sebab nak isi dalam buku laporan kot (tak pasti buku apa)..nak tau cita-cita huda? hehe



Pertama

CIKGU

kenapa cikgu? sebab yang bertanya tu cikgu..rasa macam best jer kalau jadi cikgu..hehe

Kedua 

(tak ingat sangat apa..)

Ketiga

PEKERJA KILANG

budak-budak dulu siap ada cita-cita nak jadi pekerja kilang tau ! hahaha..padahal tak perlu laa nak bercita-cita tinggi..belajar sampai spm pun boleh apply keje nie..hehe..faktor utama huda cakap nak kerja kilang sebab arwah mak kot..dulu arwah mak keje kilang Hewlett Packard (hp) kat Bayan Lepas..tu yang rasa best kot..huhu..kesian arwah dulu bekerja keras untuk besarkan kami adik beradik..keje 12 jam sehari..terkilan tak dapat nak balas budi mak :( Al-fatihah

Orang sekeliling memang bagi pengaruh kuat kepada kanak-kanak kan.."kids tend to be influenced by people surround them"..pengaruh macam nie ok lagi..tapi ada jugak kanak-kanak yang sangat sangat terpengaruh dengan program TV..sampaikan ada yang jawab nak jadi Power Rangers !! *time huda kecik memang femes superhero nie*

Sebenarnya cita-cita kita nie akan berubah seiring dengan usia kita..macam huda bila dah besar sikit nak jadi doktor laa..nak jadi forensik laa..time join kadet polis, nak jadi polis..hehe..tapi yang pasti sampai ke spm kuat nak jadi doktor..tapi apakan daya, takdak rezeki..kejuruteraan menjadi pilihan ku..sampai sekarang masih study pasal "chemical engineering"..Alhamdulillah :)



Apa pulak cita-cita korang? ada tak cita-cita Darjah 1 tercapai bila dewasa?

No comments:

Post a Comment