January 17, 2015

LAPAN cara menyimpan vitamin dengan betul

Bismillahirrahmanirrahim


Huda yakin pasti ramai yang tak kesah melabur untuk membeli supplemen atau vitamin untuk menampung kekurangan zat dalam badan kan..duit boleh di cari, kesihatan yang baik tak boleh nak di jual beli..

jadi sangat penting kita menyimpan vitamin dengan betul untuk mengelak dari 'money wasted'..meh huda nak share sikit dengan korang antara panduan menyimpan vitamin dengan betul terutama Shaklee di mana produk2nya semulajadi :)

Bahan semulajadi yang terkandung dalam supplement semulajadi Shaklee yang menggunakan sumber tumbuhan berkualiti tinggi membuatkan sesetengah daripadanya berubah warna sekiranya terdedah kepada suhu, kelembapan bagi tempoh yang lama.



Antara panduan yang boleh diikuti untuk menyimpan supplement adalah: credit myavitashop
  1. Simpan dibawah suhu 25˚C.
  2. Elakkan daripada terdedah kepada sinaran matahari secara terus, haba panas dan kelembapan melampau (atas 60% humidity)
  3. Tempat terbaik untuk penyimpanan supplement semulajadi adalah refrigerator (peti sejuk); yakni tempat yang berudara sejuk, kering dan tiada kelembapan. Untuk mengelakkan supplemen tersebuh terdedah kepada haba, yang mungkin membunuh enzim dan mempengaruhi fungsi / keberkesanan.  
  4. Tutup penutup botol supplement dengan rapat. 
  5. Sekiranya warna supplement anda berubah daripada warna asal, dikhuatiri supplemen tersebut telah terdedah kepada suhu dan kelembapan yang boleh menjejaskan keberkesanan dan fungsi supplement tersebut.
  6. Ambil tablet supplement menggunakan penutup botol dahulu dan BUKAN sentuhan terus dengan tangan. Gunakan tangan untuk tablet yang hendak dimakan sahaja diatas penutup botol tersebut.
  7. Sekiranya anda membeli supplement bersaiz botol besar, bahagikan sebilangan jumlah tablet dari botol besar tersebut kepada botol kecil untuk mengelakkan kekerapan membuka penutup botol besar itu yang boleh mendedahkan kepada perubahan suhu persekitaran. TAPI perlu di ingatkan untuk segera menghabiskan vitamin yang dipindah ke botol kecil.
  8. Simpan di tempat yang jauh dari jangkauan kanak-kanak untuk mengelak kanak-kanak itu ter makan vitamin yang tak sepatutnya (walaupun ia adalah semulajadi).

Ada yang tersalah cara menyimpan vitamin? Semak semula yer..lepas nie boleh laa guna tips di atas untuk menyimpan vitamin..supplemen yang ada tu bukan laa dapat free kan..so kena laa jaga yer..

pesanan: di sini lah pentingnya beli dengan orang yang mempunyai ilmu serba sedikit mengenai produk yang dipasarkan..bukan nya dengan seller yang bertujuan untuk menjual dan mendapat untung jer..tapi kalau orang yang jual tu tak bagitau sebab lupe, kita sebagai pengguna ade hak untuk mempersoalkan..bukan untuk vitamin jer, tapi untuk semua benda yang ada urusan jual beli..

***********
Rakan Shaklee anda ~


Huda 013 4808286
Facebook Nurulhuda Azmi

No comments:

Post a Comment