Assalamulaikum..
Malam yang indah nie suka untuk
huda kongsikan kenapa huda pilih Shaklee sebagai side income keluarga
huda..padahal banyak lagi kan Multi Level Marketing (MLM) di Malaysia
nie..sebelum kahwin dulu time zaman muda remaja, ade laa 2-3 MLM yang huda dah
pernah join..ada yang bermodalkan minimum RM500..nak dapat duit kena cari
2orang bawah kita..pulun laa cari orang time tu..tertipu laa bila upline cakap
system nie berlandaskan syariah..time tu b*d*h..orang cakap apa percaya..tak
selidik pun dulu..ada laa dapat untung sikit..insaf2..rasa tak berkat guna duit dari situ T_T
Dengan Shaklee, huda tak pernah
pun ada niat nak buat bisnes..trauma..takmau dah kena tipu..dulu takpa laa kalau
kena tipu..menyusahkan hidup sendiri jer..tapi sekarang bila dah ada keluarga
sendiri, kena laa lebih berjaga2..memang beli Shaklee untuk consume sendiri je...2 bulan lepas tu baru register
jadi SID..time tu tak pikir gak nak buat bisnes..join sebab nak dapat harga
ahli jer..lagipun modal rm65 seumur hidup..murah kan? Hehe j0m j0in Shaklee
Lepas daftar, bila pertama kali
dapat BONUS dari Shaklee memang eksited..time tu takde through online
banking..semua dapat cheque..padahal time tu dapat RM3* jer..sikit jer
kan..tapi rasa syok laa pulak..bukannya aku berniaga pun, guna sendiri
jer..boleh dapat bonus jugak..lepas tu mula laa me rajinkan diri men google pasal
bisnes Shaklee nie..bukan apa nak tau apa maksud “MLM yang mengikut garis
panduan syariah”..Alhamdulillah sekarang baru huda paham..
OK..meh huda nak kongsi sikit
faktor-faktor penting yang kita WAJIB tahu dan paham join MLM
*diolah dari Shariah dalam MLM*
1. Produk MLM
ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti
produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti
ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur
kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk
mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi
Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan
bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya
bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara
tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis
Nasiah.
3. Komisyen
yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah
jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli
bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan
dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja,
tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan
bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan
perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak
diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi
memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip
paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk
memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan
dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah
mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap
‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang
bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi
dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai
ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah,
jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini
kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu
perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan
bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di
kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh
orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat
komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak
menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala
hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran
mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat
keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih
hebat.
8. Mempersembahkan
system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan
dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur
plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu
perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah
pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Jadi, selepas huda baca semua nie, huda yakin Shaklee nie adalah sebuah
syarikat yang telus dari segi semua aspek..LANGSUNG TAKDE KERAGUAAN mengenai
cara mengira komisyen, produk2 yang dijual dan juga tak pernah ada
paksaan..dalam Shaklee, sapa buat, dia laa yang dapat..sebab tu ramai jer yang
‘anak-anak’ Shaklee mereka rank lebih tinggi..ada sampai ‘cucu’ lagi up pun
ada..kenapa? sebab dia tak rajin ! *kena batang hidung sendiri* hukhuk :’(
Tiada paksaan dalam berbisnes
Shaklee..
Syarikat yang telus dari segi
semua aspek..
Produk-produknya yang
berkualiti..
Ingat Shaklee, ingat laa Huda J
***********
Rakan Shaklee anda ~
No comments:
Post a Comment