Sebelum tidur meh kita spend time sikit baca 16 CARA CUCI HATI...
kenapa sebelum tidur?
"Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
5. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".
6. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
7. Berpuasa
8. Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
9. Kekalkan wuduk
10. Bersedekah
11. Belanja orang makan
12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah
13. Berkawan dengan ulama
14. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
15. Pesan pada orang, jadi baik....
16. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb)
*Cara-cara di atas diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah* credit PM Cery
*sumber cik google* |
OK...sila terasa huda...jom kita audit diri kita..yang baik kita teruskan, yang mana kurang kita baiki..udah2 laa tu update status facebook yer..renungan bersama ! :)
SELAMAT MALAM SEMUA....
No comments:
Post a Comment