January 20, 2015

TIGA tips PENUAAN yang SIHAT

Assalamualaikum

Hari nak nak berceloteh pasal penuaan laa..

Yang muda pasti akan tua kan..bila dah tua mula laa kulit berkerut dan mudah untuk dijangkiti penyakit kan..

So sekarang huda nak kongsi dengan semua TIGA cara untuk mendapat kan PENUAAN yang SIHAT..ala2 awet muda laa nie..hehe

1. Diet yang seimbang



Kadang2 semakin berumur semakin tak menjaga bab makan nie kan..bila usia semakin meningkat, selera tu bertambah...takde dah nak jaga diet..dan bila dah makan tu tak beringat..makan dalam kuantiti yang banyak !

Sebenarnya pemakanan sangat penting untuk kekal sihat dan kuat tau...amalkan diet yang rendah lemak tepu, dan kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bijirin penuh..insyaAllah bila diet yang seimbang diamalkan, kita dapat sediakan badan dengan dengan anti oksidan, serat dan nutrien yang di perlukan oleh badan..

2. Kekalkan berat badan yang sihat

Biasa kan kita tengok semakin berumur, badan bagai di pam2..berat badan naik 2-3 kali ganda dari usia muda...bila jatuh sakit, badan tak sihat, sama ada berat akan bertambah atau turun semula...

Untuk dapatkan penuaan yang sihat, selalu lah monitor berat badan..kira BMI (Body Mass Index) dan pastikan ia kurang daripada 25 ! *berat huda dah naik selepas kahwin..5-6kilo dari zaman muda remaja...tapi naseb baek BMI ok lagi*



3. Senaman

credit Gymonlocke

Bab nie memang terkena batang hidung sendiri...dulu rajin gak laa jogging jalan kaki kat tasik UTP tu..sekarang dah kahwin ada anak macam malas jer..dulu suka layan poco poco..tapi sekarang?

Pakar nasihatkan untuk melakukan senaman yang kerap..30 minit sehari selam 5 hari seminggu..korang mampu? macam takde masa jer kan..tapi nak sihat kena laa berkorban kan -__-

Selain tiga di atas, TABIAT TIDUR pun kena jaga...jangan terlebih tidur pula..kurang tidur pun tak tak ok...EMOSI pun kena jaga yer..pernah kan dengar jangan marah, nanti cepat tuaa...

Kat bawah nie tanda-tanda penuaan..kalau rasa tak tergolong dalam kategori kat bawah nie, kire nyaa muda lagi laa tu..angka umur tu tak penting, yang penting tak nampak rupa paras dan penampilan kan..steaadyy :)


Jom kita sama2 amailkan gaya hidup sihat :)


No comments:

Post a Comment